25 Feb, 2009

Buah Asam gelugur

Posted by: admin In: @Buah Nadir|@Koleksi Petua

asamgelugur

Asam gelugur sering digunakan dalam pelbagai resipi masakan seperti laksa, asam pedas dan resipi tradisional yang memerlukan rasa masam. Rasa masam buah gelugur yang unik dapat merangsang selera. Daun gelugur yang masih muda dan berwarna kemerahan sering juga dijadikan ulam dan penyedap rasa dalam resipi masakan lauk pauk.
Buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.

Kepingan buah kering digunakan untuk mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol.
Jus daunnya diminum selepas bersalin untuk mencuci bahagian peranakan serta untuk mengurangkan tekanan darah.
Daun dan akarnya digunakan untuk merawat sakit telinga. Daun dan buah ditumbuk halus dan tampal pada perut wanita selepas bersalin.
Serangkap pantun tentang asam gelugur…

Asam kandis asam gelugur,
Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
Melihat papan menjadi dinding.

Renung-renungkan.. Selamat Beramal…

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :14989

9 Responses to "Buah Asam gelugur"

1 | mohd nawi hasan

February 13th, 2010 at 6:16 pm

Avatar

salam.ada sesiapa yang tahu kaedah rawatan berdengu dalam telinga

2 | Rusni Binti Saleh

March 19th, 2010 at 7:48 am

Avatar

Saya pernah mengalaminya 10 tahun yang lalu .Amat tidak selesa sekali .Puas juga brbagai cara. Lastly saya ke hospital Kerajaan untuk buat rawatan. Di sedut dan di bersihkan .Dengan izin Allah baik sampai sekarang!

3 | sexy

April 19th, 2010 at 4:15 am

Avatar

masa kecik2 lu (skrg ni x lah besar sgt pun) arwah nenek (smoga rohny dicucuri rahmatNy) crita : seorang nenek (bukan nenek sayala) yg kali p1 menjemur buah asam gelugor, yuruh cucuny menunggu spy x dcuri rg. smpai wk2 tghr nenek i2 mnjngok cucuny n didapati iany tinggal sdkit n menuduh cucuny cuai dsbgny (tuduhan2 lain nenek sy x ckpla sbb nenek sy ckp dia x dak d tpt kjadian i2. he2!). dpndekkn crita maka nenek tsbt mbunuh cucuny. pd 1 hr nenekny mjemur sndiri asam glugur n dpndekkn lg crita ni, barula dia tau bhw buah asam gelugur menjadi kecut apabila dikeringkan.. moral of d story : buah asam gelugur yg dkeringkn zaman ini mahal hargany. wakaka!

4 | TERMIZI MOHD SALLEH

July 14th, 2010 at 3:39 am

Avatar

saya ada dusun gelugor..sesiapa yg hendak beli buah atau asam kering sila hubung saya..0125152678

5 | sexy

October 17th, 2010 at 10:01 am

Avatar

pucuk asam gelugor dkatakn sedap jika dmasukkn dlm gulai lemak kuning. masa kecik2 sexy suka mkn pucukny bgtu shj spt mkn buah blimbing buluh. kecur liur ni!

6 | Badariah Md Dahlan

December 19th, 2010 at 11:02 pm

Avatar

sy mmg amat tertarik dgn buah asam gelugur ni…..tp susah nak jjmpa pokoknya lagi…

7 | Mahadi

August 1st, 2011 at 6:32 am

Avatar

Beberapa tahun lalu saya ada beli anak pokok asam gelugor di MAHA pertama dulu. MARDI yg jual. Pokok tu slow pembeasrannya. Sudah tiga tahun pun baru 7 kaki tinggi. Lambat besar. Berbuah pasti lama lagi. Itu pun kalau betina. Kalau jantan makan daun la jawabnya.

8 | ree

February 20th, 2013 at 12:47 pm

Avatar

pada sesiapa yang berminat dengan benih asam gelugor klon boleh hubungi saya 012-674 2798

http://www.halaman-bumihijau.blogspot.com

9 | jasman sembiring

June 24th, 2015 at 1:52 pm

Avatar

ada yang mau beli asam nie egak??

Comment Form

Categories

Share on Facebook

663
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014