26 Feb, 2009

Ubi keledek

Posted by: admin In: @Doktor Pokok| @Tanaman Sayuran

Number of View :1712

keledek

Tahukah anda Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.

Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran.

Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.

Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to "Ubi keledek"

1 | Ici

March 8th, 2009 at 4:09 pm

Avatar

Hmm…teringin jugak nak tanam ubi keledek/ubi kentang. Manis! Tapi takde tempat dah kat belakang rumah. Dah buat search, planting in containers - ramai yang suggest guna dustbin, atau pun guna aje plastik sampah hitam di rumah yang ditebuk tebuk. Macam idea yang bagus. Ada sesapa nak try dulu? :)

2 | PakNgah007

March 16th, 2009 at 12:39 pm

Avatar

Ambik pucuk ubi (dlm 10 -15 pucuk).. yg elok2 laaa… basuh bagi bersih. Masukkan kedalam periok . Masukkan air, bawang merah ( 2 -3 keyoi) yg telah hiris masukan kedlm periok tsb. Campoq garam sikit. masuk ayaq separuh periok tsb. Letakkan atas dapoq, idup kan api.. biaq sampai ayaq tsb mendidih. Tutup api dan masukkan semua tuu dlm mangkok. makan sama nasi… jadi laa sayoq pucuk ubi keledek… best ooo. makan pulak dgn ikan masin/ kering ada pulak sambai belacan. Kalau ada mertua lalu kat belakang pun.. dah lupa…

3 | admin

March 23rd, 2009 at 8:23 am

Avatar

Terima kasih dengan resepi tersebut.. memang menarik..

4 | Yusri

June 11th, 2010 at 1:32 am

Avatar

Saya ada stok keledek sbyk 20 tan yang baru dicabut tp masih belum dijual. Ada sesapa yang leh carikan pemborong utk saya. Yusri (012 6791492)

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011