17 Feb, 2009

Belimbing Buluh

Posted by: admin In: Belimbing buluh

belimbing

Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.
Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
Selain itu,
bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.
Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to "Belimbing Buluh"

1 | Ryehana

July 6th, 2009 at 7:24 am

Avatar

wahh lamenya xnampak pokok ni! dulu ade 2, 3 pokok kat kampung dan mase kecik2 dulu suka panjat and makan buah ni mcm tu je… masam!! hehe…

teringt zaman dulu2… skrg, pokoknye byk dh ditebang… ssh nk tgk budak2 main kat pokok2 lagi…

dulu suke jugak makan daun mude pokok asam gelugor :)

2 | jentayubisu@yahoo.com

November 1st, 2009 at 3:40 am

Avatar

Buah belimbing buluh selain boleh dimakan, boleh juga digosok dibadan untuk menghilangkan daki. Selepas mandi badan terasa segar. Sungguh enak masak lemak cili padi bersama perut lembu. Seperkara lagi buah belimbing cepat rosak atau bila dimasak terlalu lama akan hancur. Jika hendak buah belimbing buluh tahan lama perlu mengalami proses pengeringan cara-caranya 10 kilo buah belimbing dibasuh ditapis dan digaul dengan 1 kilo garam perap semalaman kemudian anda perlu menjemur dibawah sinaran matahari. Semasa proses buah belimbing mengecut tabur garam lagi biar betul-betul buah belimbing menyerap garam. Jangan terkejut dari 10 kilo bila kering hanya tinggal 3 kilo je. Untuk masak acar limau belimbing buluh hendaklah direndam dahulu untuk mengeluarkan rasa masin. Disini kita akan lihat ketahanan buah belimbing walaupun dimasak 3 -4 jam buah belimbing tersebut tidak akan hancur. Insyaallah…

3 | mas

November 3rd, 2009 at 3:57 am

Avatar

Averrhoa Bilimbi adalah nama saintifik Belimbing buluh atau dikenali juga sebagai Belimbing asam

4 | Ubaidillah

November 25th, 2009 at 7:39 am

Avatar

Jangan tidak tahu ada dua jenis, hijau dan kuning. Yang kuning kurang masam sperti yang hijau.

5 | irwan

February 27th, 2010 at 12:11 am

Avatar

sedap buah ni kalau wat masak ikan singgang…

6 | ejey hassan

March 9th, 2010 at 12:41 pm

Avatar

biasanya dimasukkan dalam masakan masam pedas

7 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 8:09 am

Avatar

Belimbing buluh memang boleh turunkan tekanan darah tinggi. Tetapi harus berhati! Saya sudah tengok dengan mata kepala sendiri. Dulu saya duduk lama di Acheh dalam salah satu kampung nelayan kecil. Sana ada satu orang tua yang menderita tekanan darah tinggi. Satu hari ia minum teh secangkir dibikin dari dahun-dahun belimbing buluh. Dokter-dokter bandar jadi heran, tekanan darah turun cepat sehingga jadi terlalu rendah.
Obat ini memang hebat tetapi harus minum pelan-pelan, jangan terlalu banyak!

Frank

8 | Aminah

June 20th, 2010 at 8:07 am

Avatar

saya setuju sekali kalau belimbing wuluh memang bisa

mengobati batuk dan menurunkan tekanan darah tinggi

tetapi rasa asamnya kadang suka tidak baik untuk perut…

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur