30 Jan, 2009

Hutan Paya Bakau

Posted by: admin In: @Fisiologi Tumbuhan

Number of View :3449

Gambar ini diambil di Taman Paya Bakau yang terletak di perjalanan menghala ke Lumut, Perak. Kebanyakkan pokok di sini merupakan jenis Rhizophora spp. Ianya boleh membesar mencapai ketinggian 15-20 meter. Paya bakau berperanan sebagai penyokong kepada perairan yang luas,  menstabilkan pinggiran laut, mencegah hakisan dan juga perlindungan daripada ribut.

Paya bakau biasanya akan dibanjiri dengan air masin tetapi tidak akan menenggelami pokok sepenuhnya. Setiap air pasang surut yang terjadi permukaan tanah akan menjadi bertakung dan berganjak dipukul ombak.

Hutan paya bakau merupakan habitat dan juga tempat penghijrahan bagi pelbagai spesies burung. Hutan paya bakau juga merupakan agen penampan dan memendapkan bahan-bahan aluvium.

Akar paya bakau menyediakan sistem penapis untuk mengalirkan bahagian di dalam kawasan hutan. Ia membenarkan pemendapan berlaku sebelum memasuki kawasan air terbuka. Ini kerana mendapan hanya akan menutupkan dan membunuhkan terumbu dan batu karang.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to "Hutan Paya Bakau"

1 | zaliha

May 10th, 2010 at 2:25 pm

Avatar

salam..bkn ke di panggil hutan paya air masin juga?

2 | Jafferi

May 5th, 2011 at 2:23 pm

Avatar

Pokok Bakau bersesuaian dengan canag kerajaan tentang 1 click 1 Bakau.Terima Kasih

3 | Azie

January 9th, 2012 at 3:06 pm

Avatar

Hutan paya bakau yang paling besar ad kat semenanjung malaysia ad kat Matang, perak. kebanyakkan paya bakau yg kat malaysia ni terdiri daripada riverine mangrove….pokok bakau yg selalu kite lihat yang ad akar jangkang 2 bakau minyak..a.k.a Rhizophora apiculata dan bakau kurap a.k.a Rhizophora mucronata…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011