17 Jan, 2009

Limau Mandarin

Posted by: admin In: @Tanaman Buah| @Teknologi Pertanian

Limau langkat dan limau madu adalah dua jenis limau mandarin yang paling popular dan ditanam dengan meluas di negara ini. Buah limau langkat dan limau madu biasanya dimakan segar. Produk-produk dan makanan yang berasaskan limau mandarin yang boleh dihasilkan ialah halwa, jus, acar dan juga sebagai bahan perisa.
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun (evergreen) dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga kebujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluar bau yang harum.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.
Buah pada lazimnya berbentuk hampir bulat. Kulit buah agak nipis, berwarna hijau hingga hijau kekuningan dan senang dikupas. Isi buah berwarna kuning oren dan mempunyai antara 9 hingga 15 ulas bagi setiap biji buah limau.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2397

2 Responses to "Limau Mandarin"

1 | Limau Mandarin : Blog Zool Ligakampung

June 20th, 2009 at 2:27 pm

Avatar

[...] Boleh tanam juga limau mandarin sebenarnya kat Malaysia ni.. Cuba tengok kat website ni Department of Agriculture Sarawak Lagi-lagi ilmu limau mandarin Blog Fazlisyam [...]

2 | Mohd. Rodhi Puteh

September 21st, 2011 at 2:06 pm

Avatar

saya ingin mendapat nama botani bagi Buah Limau Blanja

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17130 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14030 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11663 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9819 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits