13 Jan, 2009

Tumbuhan dan Fotosintesis

Posted by: admin In: @Fisiologi Tumbuhan

Number of View :2317

Pengekalan hidup di dalam sel tumbuhan atau haiwan berkehendakkan penggunaan tenaga yang berterusan. Tenaga ini secara langsung atau secara tidak langsung datangnya daripada matahari. Dua proses besar yang dijalankan oleh tumbuhan hijau daratan dan yang menggunakan tenaga terma daripada matahari ialah transpirasi dan fotosintesis. Cahaya mempengaruhi lain-lain proses seperti pembungaan, percambahan biji benih, pembengkokan tumbesaran tertentu, pergerakan stoma, dan pengeluaran pewarna.
Dalam masa transpirasi, tenaga daripada matahari digunakan untuk menyejat air daripada dinding sel. Sungguhpun ini menghasilkan pergerakan air di dalam xilem, tenaga ini tidak disimpan atau digunakan untuk menjalankan tindak balas yang amat penting yang terlibat di dalam pembinaan makanan, di dalam asimilasi, tumbesaran dan pembiakan. Sebaliknya, fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Di dalam kebanyakan tumbuhan yang menjalankan fotosintesis, proses fotosintesis, menghasilkan penggunaan karbon dioksida dan air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks dan gas oksigen. Dalam masa proses ini, tenaga cahaya daripada matahari ditukar menjadi tenaga yang mengikatkan atom-atom di dalam molekul gula. Karbon dioksida atau air tidak terbakar, tidak juga menjadi makanan yang baik. Karbohidrat (gula, kanji, selulosa), sebaliknya, terbakar dengan mudah dan melepaskan banyak tenaga di dalam proses itu. Lagipun, banyak karbohidrat merupakan makanan yang baik. Mustahaknya fotosintesis adalah terletak di dalam penukaran sebatian bertenaga rendah, karbon dioksida dan air, kepada sebatian-sebatian bertenaga tinggi (gula). Tenaga yang tersimpan sebagai tenaga kimia di dalam makanan (karbohidrat, lemak dan protein) adalah sentiasa dibebaskan di dalam sel-sel hidup dalam proses respirasi dan hilang sebagai haba atau ditukar menjadi ikatan-ikatan bertenaga tinggi (misalnya, ATP,). Banyak daripada tindak balas yang berkehendakkan tenaga, yang dijalankan oleh sel hidup, berjalan dengan penggunaan tenaga yang tersimpan sementara di dalam ATP. Fotosintesis menyimpan tenaga. Penafasan melepaskannya, membolehkan sel-sel menjalankan kerja kehidupan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "Tumbuhan dan Fotosintesis"

1 | GEM Community

January 14th, 2009 at 4:29 pm

Avatar

FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (GEM Community) - http://www.gem.socialgo.com

DIREKTORI Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - http://www.pertanianmalaysia.blogspot.com

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet/Walit) - http://www.gem.tl.my

Reply - http://www.gem.socialgo.com \r\n\r\nDIREKTORI Pertanian &amp; Industri Asas Tani Malaysia - http://www.pertanianmalaysia.blogspot.com\r\n\r\nGlobal Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan &amp; Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet\/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet\/Walit) - http://www.gem.tl.my‘); return false;”>Quote

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011