31 Dec, 2008

Aglaonema

Posted by: admin In: Aglaonema

Aglaonema merupakan tumbuhan dedaun yang berasal dari kawasan paya serta hutan hujan tropika. Pokok herba ini mempunyai jangka hayat hidup yang lama. Genus berwarna putih kemudian bertukar kehijauan dan akhirnya merah apabila sudah tua. Pokok ini mempunyai ketinggian 20-150 cm, daun yang berwarna hijau gelap, panjang daun 10-45 cm , lebar daun 4-6 cm , dan bunga terdapat dalam warna merah atau pun putih. Penanaman pokok ini memerlukan saluran pengairan baik, medium ini memerlukan campuran tanah peroi: baja kandang:pasir dengan nisbah 3:2:1. Tanah yang sesuai mempunyai lempung, pasir, dan sedikit berasid sebaliknya tanah mengandungi garam merupakan tanah yang tidak elok. Tanaman ini sesuai ditanam pada kawasan yang kurang cahaya, cahaya yang terang boleh menyebabkan daun melecur.
Penggunaan air yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan akar dan daun akan berwarna kuning. Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari ketika musim panas, semburan pada daun akan mengekalkan kesuburan tanah,dan penakungan air akan membunuh akarpokok. Baja yang sesuai digunakan ialah baja kandang, baja kimia, dan baja bijian dengan nisbah 3:2:1 serta penambahan mikronutrien seperti kuprum. Suhu yang sesuai amat perlu untuk tumbesaran, Kekurangan suhu pula boleh menyebabkan tumbesaran terbantut dan tisu rosak. Pembiakan boleh dilakukan menggunakan pecahan rumpun dan keratan batang. Masalah yang dihadapi untuk tanaman ini ialah serangan anai-anai.
Pembiakan boleh dilakukan menggunakan pecahan rumpun, dilakukan apabila rumpun terlalu besar, medium padat dan air sukar keluar dengan mengeluarkan rumpun dari pasu. Cara lain ialah dengan menggunakan keratan batang lembut, kerat batang yang lembut dan tanam di dalam medium pasir sungai atau air sehingga ia berakar sebelum dipindahkan dan ditanam dalam medium kekalnya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags:

1 Response to "Aglaonema"

1 | sexy

April 20th, 2010 at 5:38 am

Avatar

kt rmh ada mcm2 jenis aglaonema nih. blh jd mroyan nk tmbhkn koleksi. sng sgt nk jaga. campak/cucuk je btgny pun blh hdp. blh d tnm dlm/luar rmh.kulat/kutu perang slalu mnyerang terutama bila cuaca panas.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur