25 Nov, 2008

Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

Pokok hiasan pada asalnya berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, samada secara berpasu atau terus ke tanah. Pokok hiasan yang ditanam di dalam pasu memerlukan perhatian yang lebih teliti.
Bagi mendapatkan pokok hiasan yang menarik, terdapat beberapa petanda atau petunjuk yang selalu dilihat bagi membantu dalam mengesan sebarang masalah tumbesaran. Fenomena ini dilihat sebagai layu, kekuningan, melecur, tidak berbunga atau tumbesaran yang terbantut. Secara praktikal, fenomena ini berpunca daripada amalan kultura yang tidak betul.

Faktor yang mempengaruhi tumbesaran pokok hiasan :

  1. Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu
  2. Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan
  3. Baja – Jenis dan kaedah membaja
  4. Jenis Serangga dan Penyakit

Simptom masalah diserang perosak :
• Serangga dan Invetebrat
o Terdapat tanda kecederaan fizikal, terpotong atau hilang
o Terdapat tanda daun atau pucuk berkerinting
o Terdapat tanda tahi serangga
o Tanda layu keseluruhan pokok
• Penyakit
o Terdapat tanda nekrotik atau nekrosis pada daun
o Terdapat tanda daun atau pucuk berkerinting
o Terdapat tanda reput pada pokok dan akar
o Tanda layu keseluruhan pokok

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :46939

30 Responses to "Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu"

1 | sharizan

May 24th, 2009 at 2:42 am

Avatar

Saya menaman beberapa pasu pokok bunga ros ,saya dapati pokok 2 saya diserang oleh labah2 kecil berwarna merah , saya telah menyembur racun serangga utk pokok bunga ros tetapi tiada kesan , kemudian saya sembur pula dgn air semburan bawang putih tetapi masih tidak berhasil . Apakah racun yang sesuai utk digunakan

2 | admin

May 30th, 2009 at 1:14 am

Avatar

Semburan bawang putih tu cuba ditambah lagi dengan cili padi..

3 | maya

July 19th, 2009 at 10:59 pm

Avatar

Saya pun ada masalah dengan ros yangs aya tanam. Saya dapati adabanyak serangga warna putih melekat pada daun bunga ros. Selain itu, ada daun bunga ros yang yang berkerinting dan di belakangnya terdapat bekas berwarna hitam. Akibatnya bunga ros saya kurang kelopak apabila ia kembang. Apa yang harus saya buat?

4 | Nazifah

December 10th, 2009 at 5:26 am

Avatar

saya pun mengalami mslh yg sama dgn maya. kdg2 kudup bunga ros jadi layu dan trus kering belum sempat kembang. apa racun yg perlu saya guna?

5 | imah

March 14th, 2010 at 10:16 am

Avatar

saya baru membeli bunga ros dalam pasu kecil..menariknya bunga tu banyak dan kembang….selepas 2 hari saya dapati bunga layu dan kelopak yang baru nak tumbuh pun layu..saya siram air 2 kali pagi dan senja..sekarang saya nak tau adakah cara penyiraman yang betul dan perlu kah bunga ros itu terdedah dengan sinaran matahari…

6 | alisa qaseh qamarina

March 25th, 2010 at 12:29 am

Avatar

cuba guna racun general fungcide.. baja plak guna shcudz rose plant food.. campur 1 sudu baja dengan 1 baldi air. siram daun n tanah(akar)… dulu kita cam tu gak.. daun jadi bintik2 n brkerinting . bunga nya tak cantik dia punya kelopak… kurang bunga. alhamdullilah lepas tu okay. boleh tahan lah bila berbunga.. dah rajin berbunga. pagi pagi tu siramlah diantara pukul 7 ke pukul 11. petang dalam piukul 3 lebih. jangan siram time tengahhari….siram air tu jangan terus pada bunga n daun. siram pada akar atau tanah dioa aje.. lagi satu pokok bunga ros ni jangan di letakkan bawah net… sebab kalu terus bawah cahaya matahari daunnya yang terkena air akan cepat kering.. ini boleh elak dari daunnya terkena jangkitan kulat.. lagi satu kulit n kepala udang jangan dibuang begitu saja.. ini boleh mempercepat proses pembungaan.. pokok akan bertambah subur dan daun bertambah lebat. cara ini boleh dikatakan berjaya saya amalkan. dulu pokok bunga kertas saya bertahun tahun tak nak bunga. alhandullilah bila saya amalkan petua ni.. ia sentiasa berbunga.. cubalh harap menjadi

7 | shamsinar ithnin

April 29th, 2010 at 7:28 am

Avatar

imah: pokok ros dlm pasu kecil tu selalunya dtg dr cameron.so kena separuh teduh. x ble kena panas sgt..menyiram sekali sehari cukup.sebab selalunya disemai dgn tanah ada sabut.lg elok tukar pasu lebih besar dan tambah tambah tanah lain.

8 | zamsherie

May 10th, 2010 at 2:26 am

Avatar

Untuk info kawan2…kalau pokok kita kena serangan serangga…kita perlu buang semua daun pd pokok…selepas itu biarkan pokok tumbuh daun kembali…kita memang sayang nak bogelkan daun tetapi sebenarnya ia akan melebatkan lagi daun daun pokok kita……

9 | zamsherie

May 10th, 2010 at 2:28 am

Avatar

imah….mungkin cara siraman kita x betul kut…cuba U siram dengan menggunakan percikan air…jangan terus siram dengan paip terus…

10 | nani

May 14th, 2010 at 4:13 am

Avatar

hai.. punyalah susah jaga pokok bunga ros ni.. dulu kita beli pokok bunga ros yang tak le brp cantikk. tp murah harganya.. elok gak berbeunga.. cuma masalah sekarang daun jadi kerinting.. dari 5 pokok dah tinggal satu.. ada tu bila kita angkat pokok dari pasu.. pada akar pokok bunga ros tu semut duk bersarang kat situ hampeh betul la

11 | nani

May 14th, 2010 at 4:14 am

Avatar

kalu berbunga pun 1.. 2 kuntum je

12 | mawar

May 18th, 2010 at 12:06 am

Avatar

baja yang paling mudah air basuhan ikan. itu yang saya amalkan. alhamdullillah

13 | Ehsan Ashraf

May 18th, 2010 at 9:57 pm

Avatar

Saya sangat setuju dengang cadangan kelapan oleh saudara zamsharie. Pokok yang telah dijangkiti perosak hendaklah dibogelkan bagi membolehkan daun baru yang cantik tumbuh kembali. Kutip daun yang telah dijangkiti perosak dan bakar bagi mengelakkan perosak menjangkiti pokok yang lain. Jangan berasa sayang untuk membuang daun2 tersebut kerana hasilnya perosak akan berjangkit ke pohon lain.

Pokok ros kebiasaannya menghadapi masalah daun kerinting dan gugur secara tiba2. Gunakan racun kulat seperti Carbomate * boleh didapati di semua nursery kemudian sembur rata ke seluruh pokok termasuk di bawah daun.

Teknik siraman juga penting bagi memastikan bunga ros tidak cepat rosak. Elakkan menyiram pada kelopak bunga dan jangan meniram selepas jam 5.15 petang. Ini kerana air yang bertakung pada kelopak bunga akan menyebabkan bunga reput (rotten) dan menggalakkan pertumbuhan kulat pada pokok.

14 | Ehsan Ashraf

May 18th, 2010 at 10:05 pm

Avatar

Baja yang baik untuk bunga ros ialah baja berasaskan tulang ikan dan kulit udang. Cara membuatnya ialah tumbuk bahan kompos tadi sehingga lumat dan keringkan. Tabur baja ini 2 minggu sekali. Pastikan baja kompos ini benar-benar telah kering bagi mengelakkan kehadiran perosak .

Baja yang ditabur pada permukaan tanah adalah lebih baik disungkup atau digembur bersama tanah. Ini membantu penyerapan bahan kompos oleh microorganisma tanah. Selain itu, tanah yang telah digemburkan adalah baik untuk pertumbuhan akar pokok.

15 | Intan

May 21st, 2010 at 9:35 am

Avatar

baru berjinak-jinak bela petunia. harini, sedih gila sebab satu pokok mati. rasanya sebab spider mite. sebab boleh nampak serangga2 putih kecil di daun2 dan semua tempat. macamana nak lindungi petunia dari spider mite ni? dan lagi satu, apa tip2 untuk jaga petunia.

thanks a lot!

16 | nani

May 29th, 2010 at 9:40 am

Avatar

apa nak jadi ngan pokok bunga ros.. dah pun buang daun yang kena jangkitan kulat dan berkerinting tapi masih tak lebat daun n bunganhya.. baja usah cakap macam macam buat.. isi udanglah … serbuk kopi .. nmacam macam lagi tapi gitu jugak.. nak kena buang dalam tong sampah agaknya pokok ni

17 | jihan

September 30th, 2010 at 1:47 pm

Avatar

saye baru saje beli bunge kekwa tapi bunga itu tidak segar seperti dulu…. bunganyer pula menjadi hitam dan mati… ape agaknyer masalah bunga saye…

18 | Noordin Ramli

October 14th, 2010 at 8:18 am

Avatar

siram tanaman dlm pasu hanya dengan mengunakan air yg di tapis dan guna baja organik.. spider mite tu bunuh je dgn tangan.. letak di tempat yang teduh. jangan terkena air hujan, terutamanya air hujan yang mula2, sebab air hujan yang mula2 tu membersihkan udara, air hujan yang seterusnya tak ape. jangan putus asa. blajar buat baja sendiri. http://www.howtocompost.org/

19 | Noordin Ramli

October 14th, 2010 at 8:23 am

Avatar

jang lupa letak sungkupan kat tanah, iaitu daun2 kering seperti daun pokok inai. daun yang kering bukan yang masih hijau. ambil daun pokok inai, biarkan beberapa lama sehingga nampak kering. gunakan sebagai sungkupan.

20 | almo

October 16th, 2010 at 5:03 pm

Avatar

mengikut pengalaman .utamakan menyiram pokok kurangkan siram tanah.kalau pokok atau daun berpenyakit,buang semua daun dancantas setiap ranting,nanti tumbuh daun baru pasti memuaskan.dan petua yg baru saya temui.sembur pokok dgn racun serangga yang berasaskan pati nilam,hasilnya menakjubkan(tidak disarankan untuk bunga yg berasal dari tempat spt cameron saya xsempat cuba lagi)

21 | honeydew

November 8th, 2010 at 2:55 pm

Avatar

kita memang gila pokok bunga ros’ tapi masalahnya bunga cepat layu dan kering. nak tanya cara penjagaan yang betul..tolongye…

22 | Rose Sifu / Rough Rosa

December 3rd, 2010 at 6:27 pm

Avatar

Tidak seperti yg kita percayai selama ini, ini fakta sebenar:

1. spidermite takut air, jadi kalau bebanyak siram bawah dan atas daun lagi bagus atau letak tengah hujan. Siram pagi dan jgn disiram daun waktu petang bagi mengelakkan jangkitan kulat.

2. masalah kerinting adalah disebabkan oleh thrips dan bukan kulat, togel tidak membantu kerana masaalh ini akan datang kembali. thrips masih blh membiak dari tanah dan bahagian pokok yg masih tinggal. Pokok jgn ditogel juga kerana beberapa sebab penting yg lain.

Harap membantu.

23 | Ainnur

January 12th, 2011 at 4:07 am

Avatar

Saya baru aje pulang dari luar negara dan tinggalkan rumah hampir 3 bulan. Pokok-pokok dalam pasu dah banyak yang hidup segan mati tak mau. Saya sangat sayangkan pokok jenis bonzai. Bagaimana nak pulihkan pokok tersebut yang sesetengan dahannya ada yang mati. Tanah dalam pasu juga dah jadi sarang semut.

24 | zai

March 23rd, 2011 at 4:06 am

Avatar

Salam
Saya tanam bunga ros dalam 4 jenis, semuanya jenis kampung. Bunga banyak dan cepat membesar. Caranya:
1. kalau hari panas siram sekali sehari
2. tambah tanah baru di bhgn atas agak2 2 bln sekali
3. gemburkan tanah bila nampak tanah rata
4. siram dengan air basuhan beras @ basuhan ikan tapi jgn selalu sgt takut semut plak
5. saya bajakan dgn perut ikn yg dibekukn dulu dlm peti sejuk. mesti tanah agak dalam bg elak semut.
6. saya letak hampas teh sebulan sekali utk bykkan bunga
7. bila bunga gugur, saya potong tampok bunga bg galakkan daun bercambah & bunga keluar lbh banyak
8. bila kulat putih @ bintik2 hitam menyerang, saya selalu belai & buang dgn tangan saja, tak pernah guna racun kimia
9. racun saya buat sendiri: campuran halia (agak2), lada kering kisar (1 sudu), lada hitam(1 sudu teh), sabun serbuk (1 sudu), minyak masak (1 sudu) dan air (1 liter). Blend semua, tapis kemudian campur 1:4 (1 bhgn racun + 4 bhgn air)
Kalau anda amalkan InsyAllah, pokok tak akan putus bunga & cpt membesar.

25 | Habsah

March 27th, 2011 at 3:00 pm

Avatar

Saya sedang cuba-cuba menanam pokok buna ros…..Bunganya..kecil-kecil….comel sangat.Setiap hari sebelum pergi kerja dan bila balik kerja …pokok tu yang saya tengok dulu…….Bagaimana nak kekalkan kesuburan pokok agar bunganya tak putus-putus…..

26 | jihan

June 3rd, 2012 at 7:40 am

Avatar

saye baru beli bunga kekwa, dia layu, kenape??

27 | yati

September 23rd, 2012 at 6:44 am

Avatar

pokok bunga ros saya hidup subur sebelum ni. tapi sekarang di landa masalah daun keriting dan pucuknya jadi kering

28 | yus

May 29th, 2013 at 2:16 pm

Avatar

sy peminat pokok2 berbunga..terutamanya bunga kertas dan ros…masalahnya kesemua pokok2 sy sgt jrg berbunga…pokok bunga kertas hanya daun yg lebat…berbunga sekali dlm setaun dua…pokok ros lglah…daun n pucuk kerinting, kering, bunga macam terbantut, kecik2 n kering..itu pon sgt2 ssh nak berbunga…sy penah buang suma daun, cantas ranting2, gembur, baja jgn ckplah…especially baja khas tuk bunga ros n kertas shj..sembur racun serangga..letak kawasan yg x direct dgn cahaya matahari..siram skali sehari..biasanya waktu pagi atau ptg…x tahu mana lg silapnya..huhu

29 | Haida

July 23rd, 2013 at 5:00 am

Avatar

Bunga ros saya menjadi sarang semut.. Hanya 1 pasu jer.. Semut menghurung semua kudup bunga dan memang Tanah pokok tu dah jadi sarang semut.. Tapi bunga kembang ok dan banyak..

Cemana saya nak musnahkan semut dan sarangnya? Cabut pokok dan tukar Tanah dgn pasu ke? atau ada yg lebih mudah?

30 | ahmad b abdul

November 23rd, 2015 at 2:04 am

Avatar

Saya ada 15 pasu pokok bunga kertas. Yang berbunga hanyalah 4 pasu sahaja. Mengapa ya?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

388
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014