05 Nov, 2008

Pokok Sekentut

Posted by: admin In: Sekentut

sekentut
Membaca atau mendengar nama pokok Sekentut sudah tentu agak melucukan ataupun mungkin juga meloyakan. Tetapi sememangnya itulah nama herba berkenaan. Namanya sekali gus memberi bayangan tentang sifat-sifatnya.

Pokok dengan nama saintifiknya Paederia foetida dari keluarga Rubiaceae itu mengeluarkan bau kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin. Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain.

Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja.

sekentut2

Dalam perubatan tradisional, daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya.Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan.

Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut mujarab untuk membuang angin. Selain itu, kata beliau, ia juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi.
Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus.

“Apabila air rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas lain.Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian.Untuk mereka yang kerap menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh diamalkan.

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3830

5 Responses to "Pokok Sekentut"

1 | lek ceria

February 17th, 2010 at 3:04 pm

Avatar

memang namanya dengarpun loya..tapi khasiatnya cukup banyak…terutama bagi org yang berpenyakit angin dalam badan….pucuknya sedap kalau dibuat ulam…

2 | aima

April 20th, 2010 at 3:12 pm

Avatar

waaa……… ade sape2 kt sini yang sanggup nak buat ulam mkn dng nasik?

3 | liza

June 4th, 2010 at 3:57 pm

Avatar

walaupun busuk, tapi memang sedap buat ulam… kalau nak buat nasi ulam, xde daun sekentut xde ummppph…tanyalah orang utara…bulan posa wajib ade daun ni

4 | amyra

September 17th, 2010 at 4:01 am

Avatar

macamana nak dptkan pokok daun sekentut..ada jual tak?

5 | yasmin

January 5th, 2011 at 8:50 am

Avatar

dah lama saya cari daun sekentut kat sarawak ni.. nk buat nasik ulam(stail kedah) hmm…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11923 hits
Ulam-Ulaman - 11553 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9737 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9645 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits