29 Oct, 2008

Paku Midin

Posted by: admin In: Paku Midin

paku-midin

Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

paku-midin2
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3756

7 Responses to "Paku Midin"

1 | ijal

April 25th, 2009 at 5:24 pm

Avatar

selamat sejahtera, saya merupakan pemborong dan pembekal midin di sekitar kuching, sarawak. saya memerlukan pembekal midin untuk berurus niaga dengan saya. kawasan berdekatan kuching sahaja. tq

2 | Cozy Groups

May 15th, 2009 at 12:09 am

Avatar

Kepada Sdr Ijal,

Syarikat kami memerlukan midin dalam kuantiti yang banyak. Jika sdr dapat membekal midin dalam kuantiti sperti yang disebutkan tadi ,Sila email harga tawaran sebutharga ke cozygroups@yahoo.com.

Terima kasih

Reply - cozygroups@yahoo.com. \r\n\r\nTerima kasih’); return false;”>Quote

3 | faradean

September 1st, 2010 at 3:25 am

Avatar

Salam, en Ijal..
Saya minta izin, ambil maklumat mengenai pucuk midin ye. Terima kasih

4 | zul

October 18th, 2010 at 3:56 am

Avatar

salam,
Di Terengganu, jika masak bubur lambuk tanpa pucuk midin ni tak sah. Bila saya berhijrah ke KL, bubur lambuk tiada lagi pucuk midin. Kurang rasanya.
Sedap juga dimasak lemak dgn keledek & daun kaduk.

5 | Mahadi

August 1st, 2011 at 6:49 am

Avatar

Semasa MAHA baru ni saya ada singgah di Rumah Serawak. Saya sempat bertanyakan tentang pokok midin ni. Kata mereka pokok midin yg popular di Serawak tu adalah dari jenis hijau dan bukan kemerahan seperti yg terdapat di semenanjung. Yg merah tu kurang syok dimakan dan tak komersial. Tambahan pula air rebusan akan kelihatan merah, nampak tak elok, kata org Serawak itu. Allahu a’lam.

6 | razalli hat

October 20th, 2011 at 9:38 am

Avatar

madin boleh masak lemak dgn rebung ,ulam sambal belacan dimakan dgn ikan air tawar bakar… sedap loh …tumbuh liar dgn banyak nya di blakang rumah….skg dah komesial … sayur organik.

7 | ujang007

May 16th, 2012 at 3:34 am

Avatar

@Mahadi - @ijal - salam….saya boleh membekalkan pucuk midin di sekitar kuching sahaja..sesiapa yang nak boleh email kat sya…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17030 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11923 hits
Ulam-Ulaman - 11553 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9736 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9645 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits