24 Oct, 2008

Pengutipan Hasil Cili

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuran

Number of View :1030

Cili boleh dipetik antara 60 - 65 hari selepas menanam di ladang. Buah akan masak 30 - 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak berwarna merah dan biasanya dipungut secara (manual) setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah di antara 3 - 6 bulan. Hasil cili bergantung kepada kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili bagi kegunaan segar ialah bila buah berwama hijau tua kemerahan . Manakala bagi cili untuk diproses atau dijadikan cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipungut ialah apabila berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya, kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu atau lewat petang ketika suhu rendah.

Selepas memetik, operasi pengendalian pascatuai cili dijalankan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan ialah penyahijauan dan perawatan air panas.

Penyahijauan dilakukan pada cili cukup matang dengan mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20°-25° C dengan kelembapan relatif di antara 85 - 90%. Cara ini akan menghasilkan warna merah yang seragam.

Penggredan cili dibuat secara subjektif berdasarkan warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal dan serangan penyakit atau serangga.

Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg polletilin (plastik), jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah sesuai.

Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10° C boleh menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 - 2.5 jam. Cili dapat disimpan selama 3 - 6 minggu pada suhu 5° - 8° C dengan kelembapan relatif di antara 90 - 95 %.

sumber : Jabatan Pertanian

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags:

2 Responses to "Pengutipan Hasil Cili"

1 | yonna

October 28th, 2008 at 6:18 am

Avatar

saya suka cili padi ni.
kalo boleh setiap kali mkn harus ada cili ni

2 | Missa

December 6th, 2008 at 4:53 am

Avatar

Nak tau cara penanaman cili besar (merah/hijau) secara kecil-kecilan di dalam polybag. Boleh bagi suggestion berkenaan baja dan racun serangga serta pengakit. Nak tau jiga behubung dengan pasaran.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011