23 Oct, 2008

Pengapuran

Posted by: admin In: @Agronomi Tanaman

Number of View :1023

Faktor tanah penting bagi pertumbuhan sesuatu tanaman. Keperluan topografi, tekstur dan struktur tanah bagi tanaman juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tanaman. Misalnya tanaman cili amat sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong). pH tanah juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pokok.
Nilai pH yang kurang daripada 4.2 akan memberi kesan kepada pertumbuhan pokok secara langsung. Apabila pH rendah kepekatan ion H+ boleh menjejaskan penyerapan kation oleh akar. Oleh itu pertumbuhan pokok akan terencat di tanah yang berasid. Ini adalah berkaitan dengan ketepuan Aluminum pada partikel tanah. Tanah berasid atau pH rendah boleh menyebabkan keracunan Aluminum (Al), keracunan manganan (Mn) dan kekurangan nutrien makro seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Kalium (K) dan unsur mikro seperti Kuprum (Cu), Boron (B) dan Zink (Zn).
Aktiviti pengapuran perlu dijalankan kerana kebanyakan tanah di Malaysia adalah berasid dengan nilai pH 4.2 – 4.8. Pengapuran biasanya dilakukan semasa pembajakan supaya ianya boleh digaulkan ke dalam tanah. Pengapuran perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum kerja penanaman dijalankan. Bagi kawasan baru dibuka (selain dari tanah gambut dan tanah asid sulfat), kapur pada kadar 3-5 tan/ha adalah disyorkan untuk kebanyakan tanah di Malaysia.
Bagi tanah-tanah selain tanah gambut dan tanah asid sulfat, pengapuran boleh dilakukan setahun sekali. Walaubagaimanapun, tanah gambut dan tanah asid sulfat di mana masing-masing pH<4.5 dan pH<3.5, pengapuran sebaik-baiknya dilakukan 2 kali setahun. Kapur tidak diperlukan apabila pH tanah >5.5. Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini adalah di antara 5.5 - 6.8

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags:

No Responses to "Pengapuran"

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011