06 Oct, 2008

Rumput gajah

Posted by: admin In: @Rumput

Rumput gajah (Pennisetum purpureum)
Rumput gajah atau rumput napier adalah antara rumput yang biasa ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam menggunakan keratan batang yang telah tua. Pertumbuhannya cergas dan hasil bahan keringnya tinggi. Hasil ini berkurangan pada musim kemarau.
Rumput gajah ialah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setingg 2 - 5 m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan tetapi biji benihnya tidak subur.
Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah perio. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk pertumbuhan yang baik. Boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis ternakan atau ditanam bersama kekacang. Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut.
Rumput gajah dipotong setiap 4 - 6 minggu dan hasil bahan kering ialah 20 - 30 ha/tan setahun dan kandungan protein kasar sebanyak 10%. Kekacang yang boleh ditanam bersama rumput gajah ialah centro dan puero.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2748

4 Responses to "Rumput gajah"

1 | David Ware

February 18th, 2010 at 1:56 am

Avatar

Berapa Kcal ada de rumput gajah?

2 | sexy

April 27th, 2010 at 4:12 pm

Avatar

sexy tebang pokok yg tua. potong pangkal n hujung btg. buang daun. ltk dlm pasu hiasan sblh sofa n kabinet coklat. carpet n tirai ala-ala buloh. ada pulak krusi goyang. wah! gitu!

3 | tan

December 14th, 2010 at 6:09 am

Avatar

adakah pennisetum purpureum sama dengan pennisetum polystachion?

4 | mohd zukri mohd ramli

February 27th, 2011 at 7:41 am

Avatar

adakah rumput gajah ini sama jenis tanaman tebu gajah yang di katakan air rebusan batang nya boleh meredakan masalah penyakit kencing manis, yang juga di kenali sebagai pokok tebu teberau atau pokok teberau. perlukan jawaban.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17129 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14029 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11663 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9819 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits