05 Sep, 2008

Tanaman Mangga

Posted by: admin In: @Tanaman Buah

tanaman-mangga

Tanaman Mangga (Mangifera indica L) adalah sejenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam khasnya di negara beriklim tropika dan subtropika.
Pertumbuhan pokok ini sangat cergas (vigorous). Pokok yang matang boleh tumbuh sehingga 25 meter tetapi pokok yang ditanam secara komersial dikawal tinggi pokoknya di antara 2 – 3 meter sahaja. Ia berpucuk beberapa kali di antara musim berbunga. Tanaman ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan yang berbunga di bahagian terminal. Tanaman mangga memerlukan ‘stress’ atau musim kering untuk berbunga. Jangka masa ‘stress’ diperlukan oleh tanaman ini berbeza mengikut klon tanaman.
Mangga terdiri daripada berbagai-bagai klon. Di antara klon mangga terpilih yang ditanam di Malaysia adalah Mas Muda (MA 204), Harumanis (MA128), Golek (MA 162), Maha (MA 165), Nam Dok Mai (MA 223), Sala dan Chok Anan (MA 224). Di dalam manual ini disediakan panduan gerak kerja bagi klon mangga Chok Anan.
Mangga Chok Anan boleh dibiak secara cantuman mata tunas, baji atau sanding. Pokok penanti yang digunakan adalah Mempelam Telor. Kadar pertumbuhan pokok mangga boleh dipengaruhi oleh jenis pokok penanti yang digunakan, kesuburan tanah dan tahap amalan cantasan.
Mangga Chok Anan boleh mengeluarkan hasil seawal 6 bulan selepas tanam. Bagi menjamin pertumbuhan pokok yang baik adalah disyorkan bunga dan buah yang dihasilkan oleh pokok berumur kurang dari 1 tahun dibuang.
Potensi hasil mangga bagi pokok yang telah matang adalah antara 15 – 20 tan/ha.
Kematangan buah mangga Chok Anan adalah 11 minggu selepas berputik. Buahnya rintang kepada kejadian IFR tetapi peka kepada kejadian ‘jelly seed’. Buah yang dibiarkan masak di atas pokok selalu mengalami kejadian ‘jelly seed’. Tahap kemanisan buah mangga yang telah masak adalah antara 16% -19% TSS. Tahap kemanisan buah mangga boleh dipengaruhi oleh kematangan mangga semasa tuai, cuaca dan tahap pengurusan tanaman.

sumber : Jabatan Pertanian

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :10298

2 Responses to "Tanaman Mangga"

1 | miz

December 8th, 2010 at 1:33 am

Avatar

chok kannan di depan rumah hanya berbuah setahun sekali.Malah adakalanya 2 tahun sekali.Baja apa yang sesuai untuk mengalakkan pokok mangga berbuah lebat sepanjang tahun.Semua baja telah dibubuh.Tetapi hasilnya tiada.Harga baja pun semakin mahal.Tahi kambing 250 gram pun RM 4.50.

2 | Miza

March 29th, 2013 at 11:44 pm

Avatar

Dimana nak dapatkan anak Mangga Chokanan, melalui cantuman tunas Mangga Chokanan dan penanti Mangga Telur tu?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

364
Share

BlogMalaysia.com


  • Uda@Hashim: Salam..cik/puan Paridah ada byk pokok munggai.Lokasi dimana?Saya berminat nk beli buah2 tu.Call/wssp saya ke 0174298553.Sapa2 yg ada buah munggai ni s
  • Jestar: Saya mengidap penyakit susah nak buang air besar (srmbelit) dan selalu bergantung kpd serat pencuci usus yg dibeli secara online. Di rumah saya ada p
  • Norish: Petola Pulut @ Petola Sarang. Sy penah menanamnya. Pokok ni sama spt Petola Segi ,Petola Ular adik beradik sy rasa. Cuma baunya kuat sikit berbanding

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014