26 Sep, 2008

Rumput kuda

Posted by: admin In: @Rumput

Rumput kuda (Panicum maximum )
Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 - 2 m . Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.
Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.

Kebiasaanya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperi kambing. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2865
Tags:

3 Responses to "Rumput kuda"

1 | mohd sabri

October 30th, 2008 at 3:04 pm

Avatar

salam.. dari mana ye boleh dapat benih Rumput kuda (Panicum maximum )tersebut? terima kasih.
0199105058

2 | mohd firdaus

March 4th, 2009 at 9:09 am

Avatar

benih rumput boleh didapati di pejabat pertanian di bahagian agrobumi.jika di ipoh,berhadapan bangunan lembaga getah malaysia.

3 | abd gafar

March 18th, 2010 at 7:18 am

Avatar

1.berapakah harga bijih benih guineagrass
(panicum maximum) utk 1 kg
2.berapakah harga alat seedavator d an sodseeddrill
3.apakah nama alat utk menggelek benih guinea
grass dan berapakah harganya
4.dimanakah sy bolih membeli benih dan peralatan
tersebut.
Tk.0139231381

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17129 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14029 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12033 hits
Ulam-Ulaman - 11663 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9819 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits