13 Aug, 2008

Penanaman Abiu

Posted by: admin In: @Buah Nadir

Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. lanya berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.

Pokok abiu adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah, tangkai buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong.

Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakkan tampang. Jenis pembiakkan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun canruman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari bijibenih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui bijibenih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :25779
Tags:

35 Responses to "Penanaman Abiu"

1 | waksudin

November 16th, 2008 at 12:04 am

Avatar

saya dah rasa buahnya dan menyenangkan…tapi pokok sample ynag dijual/pamer tidak berapa segar/subor.
dimana saya boleh dapat benih pokok yang baik untuk ditanam dilaman rumah
terima kasih
waksudin

2 | azman

January 30th, 2009 at 3:29 am

Avatar

Salam,
Saya pernah makan buah ni. rasanya macam pisang tapi lebih sedap. tapi ianya tak tahan lama. saya ingat ini buahan luar negeri. dimana saya boleh dapat benih pokok ni?

3 | admin

January 30th, 2009 at 7:09 am

Avatar

Awak makan kat mana buah ni.. kat sini jarang di jual..

4 | abiadawiyah

October 23rd, 2009 at 12:44 am

Avatar

Kat mane nak blei benih ni sepokok weh!

5 | roseni

November 3rd, 2009 at 1:28 am

Avatar

Buahnya nampak unik dan dari mana kita boleh dapat pokok ini?
Kalau nak rasa pula, dimana kita boleh dapatkannya?

6 | azman

November 6th, 2009 at 4:22 pm

Avatar

lama saya tak masuk ruang ni. saya pernah makan buah ni kat Perak. samada kat Bukit Gantang atau Tapah. masa tu ada seorang Cina jual. saya pernah semai biji buah ni tapi tak tumbuh2. Rasanya sedap sangat macam makanan dalam istana pulak. harganya tak mahal sangat.

7 | pulo_kapas

November 12th, 2009 at 8:04 am

Avatar

my family ada tnm pokok ni.skali bbuah mmg byk smpai xtmakan.kitorg dpt pun dr kpg my mom (Serian,Srwk)xtaulah dr mana diorg dpt.kt umh pun dh tnm spohon.sng btul nk tnm,kitorg lempar je biji kt tnh,tmbuh gitu je..

8 | Sabaruddin

November 16th, 2009 at 3:25 am

Avatar

Salam,
Tak pernah makan pun buah nih…..tapi dulu ada keluar artikel dalam surat khabar yang Pejabat Pertanian Negeri Terangganu ada menanam dan menjual benih pokok. cuba Fazlisyam hubungi pejabat berkenaan….kalau betul mereka ada jual benih..saya pun nak beli…

9 | noor

November 17th, 2009 at 4:45 am

Avatar

saya nak komersilkan buah ni.tp ni first time drr. tbh lg info khasiatnya lh x………..

10 | liza

November 19th, 2009 at 4:36 am

Avatar

salam
saya penah jugak makan buah ni.. beli kat RR kat tapah, perak.. dah lebih 5 thn lepas…mmg sedap..

11 | aliff

December 21st, 2009 at 7:59 am

Avatar

Salam,

Fazli,

Saya ada beli anak pokok ini dari sebuah nursery di sekitar kelang kalau tidak silap..semasa itu mereka buat jualan di twp ( putrajaya). Cuba survey twp tiap kali mereka buat jualan bulanan buah-buahan, pasti ada pemilik nursery itu menjual (maaf, sudah lupa nama dan alamatnya).

Di rumah biras di kg.pachitan, port dickson ada tumbuh segar pokok ini, rajin sangat berbuah. Macam pisang, berjus dan sangat sedap!!

12 | hayati

January 13th, 2010 at 7:14 am

Avatar

Di ladang buahan tropika tempat saya bertugas banyak ditanam dengan pokok buah abiu ni.. kalau berminat bolehlah datang ke Desaru Fruit Farm di Kota Tinggi, Johor dan lihat sendiri. Selalunya ia dijual dikedai kami dan telah mendapat sambutan dan permintaan yg menggalakan khususnya dari pelawat dari luar negara spt singapura

13 | tyunik

January 15th, 2010 at 12:22 am

Avatar

kat kota tinggi ada ke???? boleh la saya cari. terliur je bila baca comment2 kat sini. kat desaru fruit farm ni ada jual anak benih jugak ke???

14 | waksudin

January 16th, 2010 at 1:58 pm

Avatar

Asalamulaikum……
berita baik dari desaru saya sangat gembira……
nak pergi jauh seb saya diklang…..satu masa dulu pernah bekerja dekat situ (kerja di felda air tawar 5)..kalau boleh tolong saya…..
buah tu saya nak belilah melalui mel laju… …dah lama saya tak rasa…… bijinya boleh sya cuba2 semai pula …berapa sekilo

15 | aida_amad

February 24th, 2010 at 7:26 am

Avatar

pokok ape nta

16 | diba chintta

February 24th, 2010 at 7:29 am

Avatar

Emm aq xpna dga pown…plikk2 je…korang pna dga x?

17 | Zety

April 6th, 2010 at 2:30 pm

Avatar

Today baru first time tgk & rasa buah ni… SEDAP!
My friend’s brother dah usahakan penanaman pokok ni secara ladang di Muar.
Khasiat: i was told it’s really good for cough & bronchitis.
Wallahualam.

18 | waksudin

April 13th, 2010 at 6:31 am

Avatar

Bila lah lagi….. pn hayati (desaru) nak tolong pos biji/ buah abiu tu????? Dah lama menunggu……
waksudin KLAgrotech

19 | Frank Juhas

June 2nd, 2010 at 8:19 am

Avatar

Di Malaysia sekarang ada abiu dua jenis . Ada satu ukuran sederhana, yang asli dari Amerika selatan dan ada lagi yang bulat dan besar macam jeruk bali kecil, ini ciptakan orang (munkin cina) untuk memasarkan di kawasan Asia Tenggara. Walaupun buah ini exotik di Asia mereka iklankan macam “Wong Kum Kuo” (Buah Mas Raja) The Emperor’s Golden Fruit. Rasa jenis ini lagi halus dan sedap.

Ada gambar di site saya di bawah Sample Photos by Families/Sapotaceae

Frank

20 | waksudin

June 16th, 2010 at 6:45 am

Avatar

Pn hayati (desaru)…..
Dah musim ke pokok abiu tu………bila dah berbuah jangan lupa kirim saya sikit buntuk jadikan benih….
bolehkan….

21 | laigd

July 18th, 2010 at 9:06 pm

Avatar

Beberapa tahun dulu, selepas pameran Pesta Nanas di Sarikei, saya tanam menggunakan biji benih. Pokok dah besar dan banyak mengeluarkan bunga pada rantingnya . Bunganya kecil tapi tak pernah lekat jadi buah. pokok jantan ke?, saya tanam menggunakan biji . Ada satu lagi buah dari Brazil yang cepat tumbuh yang saya taman iaitu buah dari spesis sapote ( Kuning Telur ). Buahnya agak kering, rasa berlemak, biji memanjang kemerahan.

22 | ZEK

September 8th, 2010 at 4:00 am

Avatar

Saya ada tanam sepokok sejak 2 thun lepas. saya beli kat tempat jual buah di Tapah. macam komen no 19, macam2 nama. Sebenarnya anak pokok memang banyak jual sekarang ni. Tinggi pokokyang saya tanam sekarang 6 kaki .Pokok saya gila berdaun. mula2 masa kecil ulat suka serang bila dah besar OK. saya tanam biji dan untuk bertunas daripada biji ambil masa 1bulan lebih.

Buah yang saya gunakan untuk benih ini rasanya macam cream caremel, nak sedap kena simpan dalam peti sejuk dan potong dua, makan guna sudu. Buah ni ada potensi di komersialkan kerana satu biji 300-400 gram dengan harga sebiji RM5-7.

23 | waksudin

September 15th, 2010 at 12:52 pm

Avatar

Selamat Hari Raya sahabat-sahabat semua……
Siapa lah agaknya boleh benih pokok abiu ni…
Tempat untuk ditanam sudah sedia ada….
Kalau diTapah tu dimana boleh dapat…
Insyallah saya cuba kesana sebab tak jauh sangat dari tempat saya..
Saya pun nak cuba tengok2 disemaian sg. buloh
waksudin
klagrotech/madinarent

24 | syatirah

November 27th, 2010 at 12:23 pm

Avatar

asalaimualaikum…
untuk pengetahuan peminat2 buah abiu,anda boleh mendapatnya di rmh sy kat kelantan..sekarang ni musimnya,ayah saya jual rm10 sekilo..tpi boleh dirunding,jika beli borong..
jika berminat untuk mendapatkan buah abiu atau anak anak benih bolehlah menghubungi ayah saya di talian…
ustaz zain:013-9062456
encik fauzan:012-9297247

25 | ustaz zain

November 27th, 2010 at 12:45 pm

Avatar

pembetulan kepada syatirah.. buat masa skg, harga borong tiada tetapi harga runcit RM15 sekilo..

saya juga membekalkan anak pokok ini dengan harga RM15.. pasaran adalah terhad mengikut musim..

sy skg masih memperbanyakkan tanaman ini.. kat kawasan sy, buah ini dikenali sebagai buah zinny..

sebarang pertany

26 | ustaz zain

November 27th, 2010 at 12:47 pm

Avatar

sebarang pertanyaan.. hubungi saya di 013-9062456

27 | Effendi

December 27th, 2010 at 8:29 am

Avatar

Saya dah rasa buahnya. Memang sedap kalau dimakan selepas disimpan dalam peti ais. Rasanya sangat unik, tak dapat nak diceritakan keunikannya. Rasa sendiri baru tahu. Tapi buahnya memang susah nak dapat. Kat tempat saya kat Nogori memang belum ada lagi dipasaran. Saya rasa buah ni boleh “meletup” Siape ada tanah boleh tanam. Nak benih boleh contact saya.
012-6792976 / 06-6722976

28 | amaline

April 19th, 2011 at 10:35 am

Avatar

buah abiu ni sangat sedap..saya beli dengan ustaz zain,happy sangat dapat rasa buah ni.

29 | NORHASNAH BT BAHARUDIN

December 29th, 2011 at 8:59 am

Avatar

Salam, teman ada makan buah tu, bisan teman tanam baru pertama kali berbuah. Rasanya manis yang menyamankan, isi lemut seperti isi kelapa musa. Boleh di tanam dengan biji, teman dah semai benihnya

30 | darmawijaya

July 10th, 2012 at 2:11 am

Avatar

salam..buah ni mmg sgt sedap d makan..ant buah yg mahal jugak..sedap..di kebun ada 3,4 pokok…

31 | hanafi

September 9th, 2012 at 1:43 pm

Avatar

@darmawijaya
saya ada menjual anak benih pokok ini..untuk mklumat bley sms 014-5314939@ napieaziz2@gmail.com

32 | napie

September 9th, 2012 at 1:44 pm

Avatar

saya ada menjual anak pokok ini..untuk mklumat bleh sms 0145314939, emel napieaziz2@gmail.com

33 | waksudin

December 15th, 2012 at 1:10 pm

Avatar

Asalamulaikum….saya dah dapat pokok abiu ni di maha 2012…dari nurfarm nursery…
malang sedikit saya dah booking pokok yang sedang berbuah RM300.00. terpaksa batal kerana kena saman AES kat Putrajaya (Lebuh Sentosa km 1,6). Saya terpaksa beli anak benihnya ….dan dah pun ambik dipameran Agrofest Selangor semalam (14.12.12). Esok (16.12.12) saya cadang nak beli 2-3 pokok untuk di tanam dikawasan rumah kalau ada …insyallah.

34 | ree

March 7th, 2013 at 8:50 am

Avatar

pada sesiapa yang berminat dengan benih pokok abiu boleh hubungi ree 012-674 2798

35 | nani

June 27th, 2013 at 4:23 am

Avatar

sedap buah abiu ni kt kg saya diaorg panggil buah ciku emas……skrg ni tgh musim berbuah lebat…..

Comment Form

Categories

Share on Facebook

362
Share

BlogMalaysia.com

website statistics

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014