01 May, 2008

Tanaman Herba Di Malaysia

Posted by: admin In: Artikel

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara.
Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat. Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi If bahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan melalui ptnggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah ptrubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki ktunggulan dan keunikan yang tersendiri.
Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-ian kimla yang terkandung di dalam ubat-ubat moden inyebabkan masyarakat klni berallh untuk kembali menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap kualiti eksport herba ke luar negara.
Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies atau genera tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara.
Terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh petani atau pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba. Antaranya, perbezaan yang ketara antara permintaan dan penghasilan tanaman herba serta penawaran harga tanaman herba yang tidak tetap di pasaran. Ini berikutan dengan kurangnya pengetahuan para pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba yang bermutu dari segi kualiti dan kuantiti serta jenis pengeluaran herba yang diperlukan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :11923
Tags:

7 Responses to "Tanaman Herba Di Malaysia"

1 | oi

June 21st, 2009 at 5:13 am

Avatar

mana tumbuh-tumbuhan semulajadi di malaysia

2 | umie

February 21st, 2010 at 2:52 am

Avatar

tumbhan semula jadi mrupakan tmbhan yg wjud di alam ini…so kta hruslah menghrgai tumbhan smula jadi..peliharalah sebaik mungkin……..

4 | Kedai Herba Malaysia

July 13th, 2010 at 5:33 pm

Avatar

Menjual/membekal tongkat ali extract/capsule,kacip fatimah extract/capsule,manggis extract,tunjuk langit-mohagani,mahkota dewa,stivia,misai kucing,pegaga,roselle,minyak kelapa dara,mengkudu,pecah beling, minyak pati rosemary dan lain-lain. Sila lawati untuk dapatkan herba malaysia di http://www.herba.com.my/

5 | jijoe

November 5th, 2010 at 5:05 am

Avatar

mana nak dapat ubt ketumbit????

6 | HerbsTrade

November 6th, 2010 at 12:06 pm

Avatar

salam,
Menjual dan membekal lingzhi (reishi) dan sarang semut dan herba-herba lain, berminat sila email ke daive_rky@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Reply - daive_rky@yahoo.com untuk maklumat lanjut.’); return false;”>Quote

7 | Siti Roslinah Sh Abdullah

January 10th, 2011 at 6:11 am

Avatar

Salam singgah. Inilah blog kegemaran saya. Terima kasih berkongsi ilmu tentang pelbagai jenis tumbuhan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17029 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 13919 hits
Pokok Pecah Kaca - 12236 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 11923 hits
Ulam-Ulaman - 11553 hits
Buah Mentega - 10479 hits
Khasiat Lobak Putih - 9736 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9647 hits
Buah Markisa - 9645 hits
Buah Keriang Dot - 9625 hits
Khasiat Daun Sirih - 9576 hits
Rahsia Buah Delima - 9246 hits
Buah Kesusu - 8911 hits
Buah Berembang - 8384 hits
Petua Tradisional - 7989 hits