04 Apr, 2008

Pokok Ceraka

Posted by: admin In: Ceraka

Pokok Ceraka adalah dari jenis yang men]alar dan melingkar. Berbatang bulat dan licin berwarna hijau dan tumbuh memai mudah ditemui di hutan Bentong pahang dengan gelaran Daun Jarak. Pada bahagian pokok ini batang, daun, bunga dan buah. Daun ceraka boleh ditemui dalam keadaan bersilang-silang. Hujungnya runcing dan rata. Daun Ceraka dikunyah lalu ditelan bagi menjarakkan anak. la juga boleh dijadikan ubat meroyan selepas melahirkan anak. Oleh itu, ia dikatakan boleh membersihkan dalaman perut. Ramai yang mempercayai daun ceraka boleh mengubati radang sendi terutama bagi penghidap penyakit reumatik iaitu sakit sendi. Bunganya pula adalah seperti corong berwarna putih keungguan. Buahnya kecil-kecil ketika muda serta berwarna hijau muda dan apabila telah tua ia akan bertukar warna kehitaman. Di kulit buah, ada semacam rambut yang agak pendek dan dihujung rambut seperti ada getah yang agak melekit.
Akar Ceraka dikatakan beracun kerana boleh mengakibatkan keguguran. Ini boleh berlaku apabila akar dan daunnya dicampur dengan minyak kelapa lalu diminum. Akar ditumbuk dengan halia padi, telur dan Iain-lain lagi bagi tujuan penguguran. Oleh itu adalah dinasihatkan semoga penggunaannya mestilah dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerana apabila digunakan secara berlebih-lebihan, suhu ;badan akan meningkat. Sebagai contoh, apabila daunnya dilumatkan dan dicampur dengan minyak kelapa lalu ditampalkan di bahagian anggota sendi yang mengalami kesakitan, boleh dilihat pada kulit akan muncul gelembong seperti luka terbakar. Kemudian sakit sendi itu akan hilang. Oleh itu, ia sesuai untuk mengubati sebarang penyakit kulit seperti kurap atau kusta.
Pokok Ceraka mudah ditanam di tanah lembap, baik di dataran rendah atau tinggi. la juga boleh ditanam sebagai hiasan atau pagar rumah. Tanaman pokok ceraka ini boleh memanjat sampai pada ketinggian 2-5 meter. Untuk menanam Ceraka, benih dari biji perlu disemai dahulu kerana ukurannya amat kecil. Tanah bercampur pasir diisikan di dalam pot. Selain melalui biji benih, ia juga boleh ditanam melalui akar dengan menggunakan tunas akar atau melalui cabangnya. Sementara ia dapat membesar, ia perlu disimpan di tempat yang teduh dan redup. Dalam sehari, ia perlu disiram sebanyak dua kali terutamanya pada musim kemarau. Sesekali tanah hendaklah digemburkan supaya tidak padat.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :977

1 Response to "Pokok Ceraka"

1 | sexy

August 16th, 2010 at 5:06 am

Avatar

d kampung/ arwah nenek panggil pokok celaka. wp ada kgunaan lain, iany lbh dkenali d kalangan bidan dulu2 yg mgunaknny scara sulit utk mgugurkn bayi… eei, takutny. nauzubillah. sexy x pasti kenal ke x pkk ni.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17128 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14029 hits
Pokok Pecah Kaca - 12297 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11662 hits
Buah Mentega - 10576 hits
Khasiat Lobak Putih - 9819 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9307 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits