26 Mar, 2008

Pertanian dan Bioteknologi di Malaysia

Posted by: admin In: @Bioteknologi

Transformasi dalam sektor Pertanian adalah diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor Pertanian dan untuk berdaya saing diperingkat globalisasi. Salah satu cara transformasi sector Pertanian ialah memperkenalkan teknologi yang canggih untuk meningkatkan produktiviti dan mereka makanan dan produk baru (Novel) dari industri asas tani. Dalam konteks ini, bioteknologi memainkan peranan yang penting untuk menampung hasrat kerajaan supaya sektor Pertanian memain peranan sebagai pertumbuhan enjin yang ketiga.

Keutamaan Penyelidikan di Dalam Bidang Bioteknologi
Bagi meningkatkan produktiviti tanaman Pertanian, beberapa pusat pengajian tinggi dan institut-institut penyelidikan telah terlibat secara aktif di dalam penyelidikan bioteknologi seperti berikut:-

Kelapa sawit : kualiti minyak, produk-produk sekunder dan
hiliran (MPOB dan UKM)
Getah : rintangan kepada penyakit, hasil, pengeluaran
produk yang berkualiti tinggi (MRB/LGM)
Padi : rintangan kepada penyakit, hasil (MARDI)
Bunga-bungaan : ketahanan, warna bunga, rintangan kepada
penyakit (MARDI, UPM)

Buah-buahan : ‘shelf life’, rintangan kepada penyakit, kualiti
buah (MARDI, UM)
Koko : rintangan kepada penyakit dan serangga,
kandungan lemak (butter content) dan
perisa koko (MARDI)
Spesis-spesis hutan (FRIM, UPM)
Tanaman herba, ubatan dan wangian (UTM, FRIM, MARDI, UKM)
Perubatan, farmaseutikal (IMR, USM)

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to "Pertanian dan Bioteknologi di Malaysia"

1 | ummufatihah

July 18th, 2008 at 3:59 am

Avatar

Saudara/i,
Saya sedang dalam mencari maklumat berkenaan biotek dan pertanian. Memhon izin merujuk dari laman saudara. TQ.

2 | hani

March 5th, 2009 at 4:09 pm

Avatar

Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang bioteknologi dan berita terkini tentang bioteknologi di Malaysia.Selain itu,peranan dan bidang yang ditawarkan untuk bioteknologi…TQ

3 | shery

April 3rd, 2009 at 8:19 am

Avatar

bagaimanakah peluang pekerjaan dlm bidang biotek do malaysia?

4 | hayati

May 11th, 2009 at 11:18 am

Avatar

salam..saya nk tau ape sebenarnya bidang bioteknologi-engineering…
harap boleh bantu.tq

5 | Naz

January 12th, 2010 at 2:53 am

Avatar

kejuruteraan bioteknologi adalah teknologi kejuruteraan dalam modifikasi genetik dan struktur biology. contonya penghasilan tumbuhan transgenik melalui kaedah bioteknologi. anak2 pokok transgenik ini mewarisi genetic yang terbaik dari induknya. hanya ciri2 terbaik sahaja yang dipilih untuk diwariskan kepada anak.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur