18 Mar, 2008

Membiak tanaman hiasan ~bunga kertas

Posted by: admin In: @Pembiakan Tanaman

bunga-kertas

Terdapat pelbagai teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk pembiakan tanaman hiasan taman.Antara tanaman paling mudah untuk pembiakan ialah bougainvillea atau pokok bunga kertas kerana kepelbagaian spesies dan warna bunganya.Sifat tanaman berkenaan yang cepat subur dan sesuai dengan iklim hutan hujan tropika, mendorong ramai pemilik kediaman menjadikan bougainvillea sebagai penyeri laman.

Teknik pembiakan melalui cantuman batang tidak sesukar yang difikirkan. Jika berjaya, ia bakal merimbunkan taman peribadi anda.Teknik pembiakan melalui cantuman batang bougainvillea.Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu. Pokok asal dipanggil ‘pokok menunggu,’ sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil ‘pokok mendatang.’

Berikut beberapa langkah yang dicadangkan pemilik Noble Lanscape & Nursery, Khairol Anuar Ahmad.

Langkah 1

- Sebaik-baiknya gunakan pisau cukur sebagai alat untuk memotong batang ‘pokok menunggu,’ secara tirus.

Langkah 2

- buang semua daun yang berada berhampiran batang ‘pokok menunggu’ yang bakal dicantumkan supaya tidak mengganggu proses pembiakan kelak.

Langkah 3

- Belah batang ‘pokok menunggu’ sedalam dua inci dan perlu dilakukan di bawah mata tunas dan ia perlu sama dengan ukuran batang ‘pokok mendatang’ yang bakal dicantumkan.

Langkah 4

- Sebelum dicantumkan, potong secara tirus batang ‘pokok mendatang’ supaya tidak menimbulkan masalah ketika pembiakan kelak.

Langkah 5

- Cantumkan terus batang ‘pokok mendatang’ ke dalam batang ‘pokok menunggu’ dengan teliti selepas memotongnya tirus sementara getah masih ada.

Langkah 6

- Gunakan ‘sealing film’ bagi menguatkan batang pokok yang dicantum tadi.

Langkah 7

- Gunakan plastik sesuai yang lutsinar (mudah dimasuki cahaya matahari) untuk membalut bahagian batang ‘pokok menunggu’ dan ‘pokok mendatang’ yang dicantum tadi serta ikat.Sebagai langkah terbaik biarkan selama dua minggu sebelum plastik itu dibuka dan buang semua daun yang ada pada batang ‘pokok menunggu ‘ yang dicantum untuk menghasilkan daun baru ‘pokok mendatang’.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :5967

4 Responses to "Membiak tanaman hiasan ~bunga kertas"

1 | Nor

July 28th, 2009 at 1:53 pm

Avatar

sasya adalah pembaca setia blog ini. bunga kertas memang cantik bila mekar di laman. Lebih2 lg bila dikacuk dengan pelbagai warna. tapi untuk dibeli di nurseri memang beratus ringgit. kalau boleh, tolong tunjukkan gambar supaya senang pembaca faham n ikuti langkah2 pembiakan tersebut. terima kasih.

2 | Pak Ngah

November 9th, 2009 at 2:52 am

Avatar

Penerangan ni bagus. Kalau disertakan gambar/imej akan lebih senang difahami untuk orang-orang baru seperti saya.

3 | will

December 19th, 2009 at 4:04 am

Avatar

ok lah,,,…ya betu tu kalau ada gambar lagi ok..

4 | shuk

February 4th, 2012 at 12:05 am

Avatar

kalau ada gambar yg berdasarkn penerangan tersebut lebih baik….mungkin ada yg keliru skit…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • Haley Fulton: Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar.
  • Jesse P. Phillips: Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang bai
  • mohs radzuan tahir: di kawasan sungai buloh tuh dimana yer nk dapatkan anak pokok buah anggur?kalu ada minta no tepun nya nak call,nak satui pokok jer nak belajar tanam d

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 23317 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 21475 hits
Ulam-Ulaman - 18910 hits
Buah Mentega - 18023 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 17881 hits
Pokok Karas @ Gaharu - 17726 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 17530 hits
Pokok Pecah Kaca - 16950 hits
Khasiat Lobak Putih - 15978 hits
Buah Kesusu - 15767 hits
Buah Markisa - 15372 hits
Buah Berembang - 14459 hits
Buah Keriang Dot - 13547 hits
Rahsia Buah Delima - 13087 hits
Khasiat Daun Sirih - 12870 hits