17 Mar, 2008

Heliconia subur dan mudah dibiak

Posted by: admin In: Heliconia

HELICONIA atau pokok sepit udang menjadi pilihan utama ramai pemilik kediaman dan pereka landskap ketika mewujudkan taman berkonsepkan tropika.Tanaman yang tergolong dalam spesies herba saka itu amat menarik ditanam di halaman rumah kerana ia mengeluarkan bunga beraneka warna.
Malah, keunikan bunganya yang berwarna terang membantu menaikkan seri kepada keseluruhan penataan landskap.Berdaun lebar, tinggi dan tumbuh padat menyebabkan tanaman hiasan itu popular bagi mereka yang tercari-cari pokok pagaran yang sesuai.

Kehadirannya secara berkelompok dan diadunkan dengan pokok hiasan menyerlah reka bentuk taman yang indah.Secara langsung tanaman itu mudah membiak dan tumbuh subur dalam iklim hutan hujan tropika.

Ia juga sesuai kepada anda yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia perkebunan dan penanaman tanaman hiasan.Antara cara menyemai dan membiakkan heliconia paling popular ialah menggunakan kaedah belahan rumpun.

Bagaimanapun ia tidak digalakkan untuk ditanam bersama pokok hiasan lain kerana membantutkan tumbesaran pokok berhampiran.Heliconia sentiasa subur dan berbunga jika mendapat cahaya matahari secukupnya.Pastikan ia menerima aliran udara yang bebas kerana heliconia tidak sesuai hidup di tempat terkepung atau tertutup.

Antara tanah yang sesuai digunakan ialah jenis peroi liat berkelembapan tinggi, tetapi pastikan air tidak mudah bertakung.Bagi meronggakan tanah dan meninggikan kelembapannya, tambah dan campurkan bahan organik seperti tanah gambut, baja asli serta baja kompos.Anak pokok helicornia dibeli hendaklah segera ditanam untuk mengelakkan daripada menjadi layu.

Seterusnya siram pokok yang baru ditanam dan sebaik-baik disungkup dengan bahan organik yang ada untuk mengekalkan kelembapan.Tanaman ini perlu kerap dibaja supaya dapat mengeluarkan daun dan bunga yang lebih menarik.Proses mencantas harus dilakukan secara rutin apabila daun kelihatan layu dan berpenyakit, begitu juga bunga dan tangkainya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :4345
Tags:

5 Responses to "Heliconia subur dan mudah dibiak"

1 | Alex

October 20th, 2008 at 11:50 pm

Avatar

pembetulan… heliconia… nama satu kumpulan besar yang bersifat seperti halia.

2 | F4girl

March 30th, 2009 at 10:13 am

Avatar

opss..betul la ba 2 heliconia..apa pla kaitan ngan halia

3 | nana

October 15th, 2009 at 8:49 am

Avatar

harga heliconia american dwarf tau x bape ringgit kat nursery…

4 | Suria

April 27th, 2010 at 1:40 am

Avatar

saya ada tanam pokok ini tapi pertumbuhannya mengambil masa yang lama,

5 | sexy

October 18th, 2010 at 9:48 am

Avatar

dh 5 thn sexy tnm heliconia bbagai wrna dlm 1 pasu plastik besar. sblm ni x subur coz pindah randah. skrg ianya stinggi +- 10 kaki. jrg bbunga sbb dletakkn d bwh naungan pkk mata kucing tp sexy syg sgt coz daunny cantik bkilat n lebar.
*
baru2 ni sexy tpandang pkk ni bwrna pink n dpt free (+ pkk okid hutan wrn ungu yg byk ddapati dlm pjlnn ke cameron highlands tu). sexy dpt free sbb pkk tu pkk semaian n tuanny x tahan tgok sexy mnangis smpai tgolek.
*
ptg rabu 13.10.2010 br ni (hari2 ke sexy ni pergi ke nursery? he2!) sexy bli pkk heliconia merah. cantikny mcm sepit ketam. tuanny ckp masa mula2 kluar dulu pkk ni bharga rm80.00 tp sexy bli dgn harga rm5.00 1 polybeg b= 3 pkk puding unik n 1 pkk wrna purple.
*
esokny sexy p bli pkk kemboja oren n pkk bakung pink(pun rm5.00). 1x lg ‘abg angkat’ x ckp aper…
*
ni sexy glisah sbb dok t’ingat pkk pisang hiasan bwarna hijau bbelang ungu gelap mcm baju askar.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17128 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14029 hits
Pokok Pecah Kaca - 12296 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11662 hits
Buah Mentega - 10574 hits
Khasiat Lobak Putih - 9819 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9733 hits
Buah Markisa - 9712 hits
Buah Keriang Dot - 9677 hits
Khasiat Daun Sirih - 9636 hits
Rahsia Buah Delima - 9306 hits
Buah Kesusu - 8988 hits
Buah Berembang - 8452 hits
Petua Tradisional - 8043 hits