19 Feb, 2008

Pokok Avokado

Posted by: admin In: Avokado

Pokok Avokado ini berasal dari Amerika Tengah. Avokado adalah sejenis tanaman yang memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak sesuai ditanam di tnah yang berpaya atau berair. Ia mudah berbuah di dataran rendah dan menjadi lebih subur di kawasan tropika yang sering mendapat hujan. Ketinggian pokok adalah sekitar 3-10 meter.

Akarnya tunjang, batang bulat berkayu manakala rantingnya mempunyai banyak cabang serta berambut halus. Daun Avokado tunggal dan bertangkai panjang. Bunganya pula majmuk, tersusun dan keluar dari hujung ranting dengan warna kuning kehijauan. Buahnya pula bulat bujur telur, panjang sekitar 6-20cm. Di dalamnya hanya terdapat satu biji. Isinya apabila masak akan bertukar menjadi warna kuning kehijauan.

Daun Avokado dikatakan boleh menghilangkan penyakit batu karang, darah tinggi, sakit kepala, bengkak di saluran pernafasan, sakit sendi atau saraf dan membetulkan peredaran haid. Biji Avokado yang berwarna kemerahan baik untuk radang dan menghilangkan penyakit gigi dan penyakit kencing manis.

Selain daun dan biji, isi Avokado amat penting bagi kaum wanita kerana di kebanyakkan negara di rantau ini mengamalkannya untuk dijadikan sumber herba tradisional. Isinya diproses untuk dijadikan kosmetik, hasil pembakaran dari minyanya pula baik untuk rambut dan wajah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags: ,

8 Responses to "Pokok Avokado"

1 | Afzai Afandi

February 20th, 2008 at 1:51 pm

Avatar

Salam tuan rumah..

2 minggu lepas, aku ada beli pokok anggur kat C.Highland. Sekarang dah mulai memanjat dan ada 2 biji anggur dah kuar.

Ko ada petua untuk jaga pokok anggur ni :)

2 | admin

February 20th, 2008 at 2:09 pm

Avatar

Petua nak jaga yg aku tahu cuma kena sentiasa cantas ranting-ranting pokok tersebut, supaya ia senang berbuah.. dan jangan lupa letak bahan organik..

4 | dzuhai sulaiman

May 7th, 2009 at 6:20 am

Avatar

pembiakan avokado guna biji atau keratan erk?

5 | jentayubisu@yahoo.com

November 1st, 2009 at 4:12 am

Avatar

Dua-dua pun boleh.

6 | kohyeeling@yahoo.com

February 10th, 2010 at 6:41 am

Avatar

avacado ni di indon di panggil apokat, dia org buat juice,jus apokat..kat sini jual mahal lo.. caranya buah apokat tu d korek isinya blend dgn susu pekat choclate dan susu kotak. bijinya boleh di semai di pasu kecik..korek tanah sedalam 1 jari..tanam..dalam masa 2 bulan pokok ni akan tumbuh setinggi 1 kaki..lepas tu pindah kan ke tanah…siapa yg tanam lepas ni boleh jadi tokey jus apokat..good luck

7 | zty

March 3rd, 2010 at 2:04 am

Avatar

salam,,,kawan2,mana nak dapat ank benih alpukat?…saya dah lama cari,,email saya.

8 | Abu Bakar

June 1st, 2010 at 5:21 am

Avatar

Saya ada tanam pokok Avacado,berbuah pada musim buahbuahan , setahun sekali-ditempat saya dipangil pokok mentega kerana rasanya lemak tak manis .bolih makan fresh bila masak ,belah dua keluakan bijinya dan makan bersama susu atau gula merah, sedap dibuat jus.

siapa yang hendak benihnya saya ada semai sebanyak 12 pokok. boleh datang ke Port Dickson tel 012-6010085. sekarang mula berbuah.

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur