13 Feb, 2008

Buah tembikai

Posted by: admin In: @Tanaman Buah

Number of View :3361

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.
Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
Tags: ,

4 Responses to "Buah tembikai"

1 | Segalanya Tentang Tumbuhan… | Fertigasi

October 10th, 2008 at 3:38 pm

Avatar

[...] contoh, tanaman tembikai ditanam di atas batas tanah secara terbuka di ladang yang luas menggunakan sistem pengairan untuk [...]

2 | Buah-buahan dan nilai Ubatan (3) at Segalanya Tentang Tumbuhan…

October 24th, 2008 at 10:24 am

Avatar

[...] Tembikai Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah [...]

3 | amniey

July 7th, 2009 at 2:19 pm

Avatar

laman web ini sgt bgus utk mengetahui dgn lbh mndlm tentang buah2an tmptan.

4 | fiza

August 10th, 2010 at 9:19 am

Avatar

boleh saye tau kt kuala selangor kt mane saya nk tgk ladang tembikai..saya teringin sgt…

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011