03 Jan, 2008

Bogak Jepun

Posted by: admin In: Bogak

bogak-jepun
Bogak Jepun atau dipanggil dengan nama Saikas di kalangan orang melayu kita. Nama saintifiknya pula adalah Cycas Revoluta. Pokok ini dikatakan berasal dari Negara China dan Jepun . Tumbuhan yang tergolong di dalam keluarga Cycadaceae ini mempunyai satu batang yang keras dengan daun-daun tersusun di hujungnya.. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti paku pakis dan berwarna hijau terang. Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai sehingga 3 m.

Bahagian Beracun: Biji

Bahan Aktif: Cycasin (Methylazoxymethanol–beta-d-glukosid), Pakoein, Phytosterine, Amino-b-methylamino-propionic

Kesan Keracunan

Cycasin adalah toksik kepada hati. Ia juga mempunyai kesan teratogenik dan karsinogenik kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Simptom keracunan yang ditunjukkan pada manusia ialah sakit kepala, cirit birit, koma dan lemah-lemah pada otot.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :12955

9 Responses to "Bogak Jepun"

1 | mat baling

February 11th, 2009 at 4:03 am

Avatar

pokok bogak ni termasuk dalam keluarga paku ke?
cykas? sikat?

2 | admin

February 11th, 2009 at 4:27 am

Avatar

kalau tak silap memang ia dalam keluarga cycad..

3 | zahari mohamed aliah

February 17th, 2010 at 6:26 am

Avatar

sila lihat facebook saya terdapat 10kpg gambar cycas yg tumbuh di sekitar rumah saya

5 | mza

April 25th, 2010 at 2:42 pm

Avatar

pokok ini banyak kegunaannya terutama bagi pesakit kencing manis yang memgalami jangkitan yang tidak mahu sembuh ambil kulitnya yang kering dan diasah dibelakang pasu lalu diambil airnya sapu dibahagian jangkitan setiap hari insallah sembuh.

6 | zarif

June 2nd, 2010 at 1:39 pm

Avatar

pokok ni ada biji ke…

7 | Andika

March 14th, 2013 at 2:58 pm

Avatar

org jepun memakan biji dari pokok saikat ini sejak sekian lama. Seluruh bahagian pokok ini beracun terutama bijinya. Kalau tidak diproses dengan cara yg betul dan berhati-hati keracunannya boleh membawa maut. Dlm jangka panjang keracunannya boleh menyebabkan sakit parkinson. Biji-bijinya dibelah kemudian direndam dalam air. Airnya pula perlu ditukar beberapa kali untuk satu tempoh tertentu. Biji-biji ini kemudian dijemur dan dikisar menjadi tepung. Tepung saikat kemudian dipaket untuk dijual. Ianya dimasak dalam berbagai resepi org jepun. Ianya sgt digemari krn rasanya yg sedap. Generasi tua jepun terutama di kepulauan selatan berasa sangat berbangga dengan masakan tepung buah saikat ini. Pada suatu masa semasa perang dunia kedua tercetus sewaktu makanan lain tiada, org jepun hanya memakan buah saikat ini utk hidup. Oleh itu generasi tua sangat menghargai pokok saikat ini yang dikatakan tumbuhan asli di sana.

8 | jasman sembiring

June 24th, 2015 at 1:50 pm

Avatar

ada yg mau beli bung bogak nie egak????????

9 | jasman sembiring

June 24th, 2015 at 1:53 pm

Avatar

hubung ke mari jika berminat ya…….

082277839223

Comment Form

Categories

Share on Facebook

261
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014