Powered by Max Banner Ads 

01 Nov, 2007

Khasiat istemewa akar kelulut

Posted by: admin In: Kelulut

Ketika sebelum era sains dan teknologi ini, antara permainan yang cukup popular adalah buah daripada pokok kelulut.
Apa tidaknya, selain pokok itu dendiri senang ditemui kerana habitatny dikawasan tanah terbiar, buahnya juga mempunyai fungsi sebagai bahan permainan.

Walaupun buahnya adalah sebesar bijik mancis, tetapi ia sememangnya cukup senang terlekat pada pakian atau kain sesaorang.

Ini disebkan buahnya itu disaluti oleh bulu yang sememangnya agak sensitif pada pakaian ataupun kain yang kita pakai.

Oleh itu, tidak hairanlah, selain dari membalingnya, kalau kita terlanggar pokok itu pun, buah-buahnya akan terlekat pada fabrik kita.

Bagaimanapun menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, pokok ini turut mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba.

“Kelulut atau nama saintifiknya, Urena lobata, mempunyai keistimewaan yang nyata jika dilihat pada aspek perubatan herba atau tradisional,” katanya.

Beliau menambah, hakikat ini adalah berdasarkan kepada pengakuan pengamal-pengamal perubatan tradisional,” katanya lagi.

Antara keistimewaannya, jelas beliau adalah untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ialah mengambil akar pokok kelulut tersebut.

Caranya yang sering diamalkan adalah ambil akar pokok kelulut dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian kunyahkanny perlahan-lahan.

Akar pokok kelulut juga, tambah Dr Zamzam lagi, turut digunakan bagi merawat demam yang berpanjangan. Katanya akar tersebut ditumbuk terlebih dahulu sehingga agak lumat sedikit dan setelah itu, kisarkanya dengan sedikit air.

Selepas itu, tapiskannya bagi mendapatkan air atau jusnya. Dan minumlah secara perlahan-lahan.

Tetapi untuk merawat luka-luka pula, kata beliau, adalah agaknya berlainan sedikit, walaupun ia mudah dilakukan.

“Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya. Tumbuk sehingga lumat dan pupukkannya ditempat luka tersebut,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "Khasiat istemewa akar kelulut"

1 | jentayubisu@yahoo.com

November 5th, 2009 at 10:58 am

Avatar

Pokok Kelulut ada 2 jenis warna bunga. Jenis bunga warna ungu mudah didapati manakala jenis bunga warna putih jarang-jarang kita jumpa. Fungsi sebagai herba sama je tapi ramai berpendapat pokok yang berbunga putih mempunyai kelebihan tersendiri. Rebusan akar boleh mengurangkan sakit perut

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Best Agro Success: Kami menjual dan membekal syarikat atau individu yang berminat menanam STEVIA dengan harga yang berpatutan. sila sms atau call ke 0128325290 atau 088-
  • Wakman: Buah mentega ni ada 2 jenis, yg merah dan yg kuning.. Yg merah kurang sedap berbanding yg kuning..
  • Nurul Amirah: Saya harap kajian yang mengatakan buah belimbing buluh ini boleh rawat darah tinggi ini benar kerana saya berhasrat ingin membantu pesakit-pesakit yan

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur