01 Nov, 2007

Khasiat bunga pokok misai kucing

Posted by: admin In: Misai Kucing

Number of View :3553

Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan sesaorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to "Khasiat bunga pokok misai kucing"

1 | haizun

April 15th, 2008 at 3:26 am

Avatar

erm… ape khasiat pd setiap bahagian pkok misai kucing? dr bunga, buah dan batang?

2 | mazlina hamzah

August 26th, 2008 at 7:55 am

Avatar

Saya adalah salah seorang penghidap kencing manis type II. Saya ingin bertanya …adakah sebarang kesan pengambilan daun misai kucing terhadap ibu mengandung. Memandangkan saya sekarang sedang mengandung. Sila jawab dengan segera

3 | fatira

June 24th, 2009 at 7:40 am

Avatar

boleh saya tahu adakah pokok misai kucing boleh dijadikan alat kosmetik?

4 | maslina mansor

June 29th, 2009 at 7:11 am

Avatar

Misai kucing sangat bagus untuk merendahkan tekaknan darah yang tinggi dan memang sangat mujarab. Boleh dibuat ulam dan dijamin iNSYA ALLAH dari 140/90 darah leh drop sampai 120/80. percayalah!

5 | bleach

February 27th, 2010 at 12:27 pm

Avatar

salam ..sy akan amalkan minum air dari rebusan daun misai kucing ni..kebetulan sy tngh mengidap penyakit batu karang…3thn lepasa baru buat pembedahan mengeluarkan batu tersebut…sekarang kena lg…so sad…

6 | cikgu anuar

January 1st, 2011 at 4:55 am

Avatar

bapa saya selalu rendam 2,3 helai daun dalam secawan air panas, minum selepas suam or 20 minit kemudian… lepas tu akan keluar angin dalam kain pelikat; pufff!!! dia cakap;lega sikit perut or kembung… kat rumah ada gak tanam tepi rumah.. cara tnam, keratan batang,cucuk dalam tanah, mmang mudah utk hidup…

7 | cikgu amir

February 6th, 2011 at 8:03 am

Avatar

bolehkah ibu mengandung minum teh misai kucing?

8 | zana

December 17th, 2011 at 11:16 am

Avatar

antara bunga dan daun misai kucing mana yg lebih berkhasiat?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011