01 Nov, 2007

Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit

Posted by: admin In: Gelenggang

Number of View :2482

Penyakit kulit, khususnya kurap, kudis buta ataupun panau, adalah jenis penyakit yang ingin kita semua elakkan. Selain dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan seharian kita agak terbatas kerana malu diketahui rakan-rakan.
Biasanya untuk mencegah penyakit tersebut, kita perlu ke hospital. Kalau tidakpun kita akan keklinik untuk mendapatkan rawatan penyakit itu.
Tetapi terdapat sejenis tumbuhan herba yang boleh merawat penyakit tersebut. Nama umumnya adalah gelenggang atau sintifiknya dipanggil sebagai Cassia Alata.

Lazimnya, menurut Pegawai Penyelidikan MARDI, Hilir Perak, Mohd Jelani Bahaudin, tumbuhan tersebut sengang tumbuh di tepi-tepi sungai, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

Malah pokok ini juga sering digunakan sebagai salah satu landskap halaman rumah kerana mempunyai warna bunga yang cantik,” katanya.
Menurutnya keberkesanan pokok ini dalam merawat penyakit tersebut adalah melalui temu bual dengan orang-orang yang pernah mengamalkanya, termasuk dengan pengamal perubatan tradisional.

“Lagipun berdasarkan kajian saintifik ia menganduni chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berdasarkan temubual tersebut juga, beliau menjelaskan, kaedah untuk menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya.

“Bersihkannya terrlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat.

Seterlah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau turut menambah bahawa daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran.

“Pemakanannya selain juga bertindak sebagai ulam sayuran daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit,” katanya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to "Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit"

1 | cikgu ani

April 4th, 2009 at 11:49 am

Avatar

saya benar-benar setuju yang daun pokok gelenggang merupakan ubat yang mujarab untk penyakit kulit kerana dulu masa kecil-kecil emak saya selalu menggunakannya untuk dibuat ubat panau pada kami adik-beradik. Maklumlah anak-anak kampung, mana makan saman. panas-panas pun terjun sungai. Itulah sebab asyik kena panau je. Untuk kulit yang gatal-gatal pun berkesan.

2 | chah

June 13th, 2009 at 5:47 am

Avatar

gelenggang ni ada dua jenis.Yang diguna sebagai ubat penyakit kulit tu jenis yang besar dan bunganya bewarna kuning tua.gelenggang kecik plak pokoknya seakan-akan pokok kacang tanah tapi kurang popular dalam perubatan

3 | hafez

June 14th, 2009 at 4:51 am

Avatar

ingin mencari petua untuk menghilangkan alahan kulit pada kulit,

4 | JeNN

July 14th, 2009 at 6:48 am

Avatar

Di Sabah, pokok gelenggang ini dikenali sebagai gembirang @ Gumbirang. Nenek dan mama saya pernah menggunakannya untuk mengubati panau dengan cara menumbuknya sampai lumat dan dicampur dengan sedikit minyak tanah. Memang mujarab.

5 | rozen

October 14th, 2010 at 9:27 am

Avatar

Sedang mencuba…nanti hasilnya saya royak ya

6 | Angin Selat Melaka

January 12th, 2011 at 9:24 pm

Avatar

Penyakit kulit ni ada kaitan dengan sistem bawahan kulit jd tak seimbang. Terjadinya mcm ni sb smakin kita dewasa, badan menuntut lebih keprihatinan terhadap penjagaan kesihatan. Makna - nutris semakin hilang hadi demi hari. Jadi, tugas kita adalah melengkapkan diri dgn ilmu kesihatan yg mampu menolong sebaik mungkin. Salah satu tempat yg daku rekomendasikan utk tambah pengetahuan mengenai rawatan penyakit kulit adalah sprti berikut:

Info membanteras kuman penyebab penyakit kulit

dan juga:

Rawatan membasmi kuman2 yg menjejaskan kesihatan kulit

Semoga berjaya hendaknya. Tq.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011