01 Nov, 2007

Daun Gajah Beranak Boleh Ubat Demam Sejuk

Posted by: admin In: Gajah Beranak

POKOK herba kali ini merupakan antara herba yang paling popular dalam ramuan perubatan tradisional masyarakat Melayu.
Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.

Namun begitu, bentuk daun itu tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai ciri-ciri itu.
Daun itu dipanggil GAJAH BERANAK atau nama saintifiknya Goniothalamus macrophyllus. Ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Tetapi kalau anda hanya mendengar namanya tanpa melihat rupa bentuk daunnya terlebih dahulu, pasti anda akan menyangka saiz daunnya sebesar nama panggilan itu.

Daunnya bukanlah sebesar tapak kaki gajah. Bagaimana nama itu diperoleh, saya sendiri tidak tahu. Mungkln kerana gajah suka kepadanya.
Ataupun kerana khasiatnya yang dianggap sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang penting dalam perubatan - tradisional Melayu,” kata Renjer Baharuddin Alias sambil ketawa kecil ketika ditemui di Taman Etnobotani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRTM).
Renjer Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba FRTM itu menyatakan pokok gajah beranak sering digunakan oleh masyarakat Melayu bagi merawat demam sejuk.
Cara merawat penyakit tersebut ialah dengan meminum air rebusan akar pokok gajah beranak.
“Ia berupaya memanaskan badan bagi mereka yang menghidap demam sejuk secara beransur-ansur,” tambahnya.
Malah, keratan akar pokok itu juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas bersalin.

“Keratan akarnya pula sering kali dijadikan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan diri.

Namun begitu, bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keguguran,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to "Daun Gajah Beranak Boleh Ubat Demam Sejuk"

1 | Rosemahanie Bt Madrus

September 26th, 2008 at 4:54 pm

Avatar

Assalamualaikum Encik,
Di mana saya boleh dapatkan/ beli daun gajah beranak? Saya amat memerlukan daun ini untuk merancang. Saya telah cuba byk kali birth control moden/medical. Dari pil ke kaedah terbaru dan termahal IUS. Tapi malangnya badan saya tak boleh terima dgn semua kaedah ini. Saya ingin cuba kaedah tradisional. Harap encik dapat membantu. Terima kasih.

Ibu berkerjaya.

2 | admin

September 27th, 2008 at 1:06 am

Avatar

Setakat ni takde pulak yg jual pokok ni.. Cuma kalau dalam perubatan tradisional memang dia ada guna pokok ini untuk merawat penyakit.. Kalau nak pokok dia boleh cuba cari TANYA dekat FRIM yang terletak di Kepong tu..

3 | nisha

January 9th, 2009 at 12:50 am

Avatar

dekat hutan simpan uitm pahang ada pokok herba tu

4 | ghafar

September 1st, 2009 at 9:24 am

Avatar

buat ubat nyamuk pun boleh

5 | jai

November 24th, 2009 at 3:40 am

Avatar

pokok gajah beranak nih ada 2 jenis kan? satu gajah beranak jantan dan satu lg gajah beranak betina…tp saya xpnah tgk gamba jenis pokok nih…dulu pnah la tgk tp skang nih dah lupa..

6 | ZOHOR

November 24th, 2009 at 5:08 am

Avatar

ada kah ia sesuai digunakan untuk rawatan kecing manis…..saya di beritahu saorang orang asli….ia nya ubat kencing manis….saya rebus akar nya…dan num 2 kali sehari…
apa pandangan tuan…
terima kasih

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur