01 Nov, 2007

Bunga tahi ayam mujarab untuk luka

Posted by: admin In: Bunga Tahi Ayam

POKOK bunga tahi ayam menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.
Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang.

Bagaimanapun, faktor bau tersebut tidak pula menyebabkan ramai di kalangan masyarakat hari ini meminggirkannya sebagai tanaman hiasan, kerana pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan herba dan tradisional.

Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan Bio Sains UPM, Serdang, Selangor, Dr. Mohd Said Saad, pokok ini mujarab untuk merawat luka-luka pada anggota badan.

“Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan,” katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya.

Menurutnya lagi, sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

“Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh,” katanya.

Malah, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu.

“Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau tenseliuh. Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang,” ujarnya lagi.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1255

2 Responses to "Bunga tahi ayam mujarab untuk luka"

1 | ira

January 21st, 2009 at 3:26 am

Avatar

bagus!!! dengan khasiat bunge tahi ayam,camara flower boleh dijadikan produk komersial…krim perubatan bunga tahi ayam…it`s good

2 | nor

March 4th, 2009 at 3:25 pm

Avatar

boleh saya tahu tentang cara penanaman bunga tahi ayam secara terperinci

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17128 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12296 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10573 hits
Khasiat Lobak Putih - 9818 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9711 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8042 hits