01 Nov, 2007

Belimbing buluh rawat darah tinggi

Posted by: admin In: Belimbing buluh

Number of View :1996

Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat. BOleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.
Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.
Aantaranya ialah belimbing buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil.
Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas,” katanya.
Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii ini.

“Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang,” kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.
Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

10 Responses to "Belimbing buluh rawat darah tinggi"

1 | szakif

July 26th, 2008 at 5:11 pm

Avatar

Selamat sejahtera.

Saya sedang melakukan kajian tentang kesan antidiabetis daripada belimbing buluh. boleh saya dapatkan maklumat berkenaan siapakah dr mohd said yang disebutkan di atas? saya berharap saudara boleh membantu saya. terima kasih.

2 | admin

July 27th, 2008 at 7:59 am

Avatar

Anda pergi sahaja ke Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Anda boleh cari Dr. Mohd Said di sana. Dia penyarah di UPM yang banyak melakukan kajian mengenai Herba..

3 | Maria

September 24th, 2008 at 12:57 am

Avatar

Saudara,
Setahu saya rupa buah belimbing buluh langsung tidak menyerupai buah mengkudu dan rasanya masam bukan pahit…dan jarang dijadikan pokok teduhan sebabnya kebanyakan pokok ini tumbuh memanjang ke atas…!

4 | latifah

April 30th, 2009 at 6:12 am

Avatar

Yer lah, man pulak belimbing buluh macam mengkudu.. jauh berbeza. cuba pergi ke blog saya http://bertanamlah.blogspot tengok gambarnya…

i seh buat blog biarlah betul2…kalau boleh lihat sendiri bukan berharap kpd maklumat internet.

5 | deepforest

July 1st, 2009 at 8:28 am

Avatar

buah belimbing buloh ni kalu d teganu jadi penyedap kuah nasi dagang, tanpa buah belimbing kuah kurang menyangkut - ok.
manakala air rebusan daunnya pula buat mandi dan gosok anak demam kuning.

6 | Jamaludin bin Abdul Rahma

September 13th, 2009 at 11:20 pm

Avatar

Saya amat tertarik dengan penerangan dan kajiselidik yang bentangkan melalui layar internet yang diusahakan oleh tuan. Mudah dan cepat mendapat rujukan dan rumusan pabila menghadapi masaalah. Tidak perlu membuang masa dan tenaga bagi mengatasi segala kesulitan. Sekian, terima kasih diucapkan.

7 | Jamaludin bin Abdul Rahma

September 13th, 2009 at 11:28 pm

Avatar

Belimbing buluh bukan sahaja sebagai ubat untuk darah tinggi, malahan ia juga enak dimakan apabila dicampurkan dengan ikan masak lemak cili padi.

8 | jentayubisu@yahoo.com

November 5th, 2009 at 10:23 am

Avatar

Buah Belimbing Buluh ada 2 warna. Hijau pucuk pisang dan satu lagi warna kuning air yang pasti dua-dua masam pianggg…Kalau tahu caranya buat kerabu bersama kelapa parut mahu tertiarap periuk nasi…

9 | Nurul Amirah

September 4th, 2010 at 10:39 am

Avatar

Saya harap kajian yang mengatakan buah belimbing buluh ini boleh rawat darah tinggi ini benar kerana saya berhasrat ingin membantu pesakit-pesakit yang menhidap penyakit ini.

10 | Zeez

November 2nd, 2010 at 5:59 pm

Avatar

Belimbing buluh memang sinonim dengan orang N.Sembilan yang suka mencampurkan dengan ikan sembilang/keli dalam masak lemak cili api. Masakan ini popular dikalangan orang kampong NS mahu pun di bandar. Cuma buah belimbing ini sukar didapati di bandar sedangkan ia senang ditanam. Kebetulan saya ada sebatang pokok di belakang rumah, ia berbuah boleh dikatakan sepanjang tahun.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011