INCLUDE_DATA

Segalanya Tentang Tumbuhan…


 Powered by Max Banner Ads 

31 Oct, 2007

Pokok ekor anjing rawat demam panas

Posted by: admin In: Ekor Anjing

Banyak nama tumbuhan herba yang ada disekeliling kita bukan sahaja ganjil bahkan melucukan apabila mendengar namanya.

Salah satunya ialah pokok ekor anjing atau nama botaninya Plantago major.

Mungkin nama itu diberi kerana tumbuhan jenis rumpai ini memiliki batang yang menjulang ke langit. Ia bergerak kiri kanan bila ditiup angin bagaikan ekor anjing.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok ini senang tumbuh dikawasan redup dan berair.

Ia mempunyai saiz daun yang agak panjang, seperti daun pokok sawi.

Bunganya pula akan tumbuh pada batang yang menegak.” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, khasiat pokok ekor anjing dari sudut perubatan herba dikatakan untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.

“Bagi merawat demem panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih.

Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan,” katanya.

Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit.

Sering juga digunakan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.

“Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat.
Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur,” katnya lagi.

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

No Responses to "Pokok ekor anjing rawat demam panas"

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur