Powered by Max Banner Ads 

31 Oct, 2007

KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASA

Posted by: admin In: Tembaga Suasa


BENGKAK, terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan. Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.

Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.

Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.

Senang ditemui
Tetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum.

“Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan.

“Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia,” katanya.

Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung.

“Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung,” katanya.

Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya.

“Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.

Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak.
“Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api,” katanya lagi.
Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut.
“Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak,” ujarnya.

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to "KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASA"

1 | izzah ismail

November 4th, 2007 at 8:52 am

Avatar

hendak mengetahui jenis2 pokok dalam pasaran yang boleh digunakan khasiatnya

2 | nabilah

November 29th, 2009 at 12:46 am

Avatar

n nak tnyakat boleh dapat pokok tembaga suasa?kat k.trg

3 | nabilah

November 29th, 2009 at 12:47 am

Avatar

kat mane boleh caripokok tembaga ni?????????kalu kat terengganu?????//

4 | kijo

December 23rd, 2009 at 1:36 am

Avatar

pokok ni yg org slalu tanam tu ke

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur