Segalanya Tentang Tumbuhan…


 Powered by Max Banner Ads 

31 Oct, 2007

Daun Lakum merawat ibu selepas bersalin

Posted by: admin In: Daun Lakum

POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalha sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba. Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat.
Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.

Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya.

“Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata,” katanya.

Bagi rawatan perempuan selepas bersalin, ambil beberapa helai daun pokok lakum yang telah dikeringkan dan rebus daun itu sehingga mendidih.
Bila sudah suam, minulah air rebusan itu perlahan-lahan dan amalkan pada waktu pagi setiap hari.

“Tapi daun lakum hendaklah dikeringkan dalam rumah dan bukannya di bawah cahaya matahari,” kata Baharuddin.

Untuk penyakit kudis atau bisul yang tidak bermata pula, cara rawatanya adalah dengan mengambil seulas ubi pokok lakum yang telah dikeringkan dan asah ubi itu.

Kemudian celup dalam air dan sapu di tempat yang terkena bisul atau kudis tersebut sehingga sembuh, katanya.

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

No Responses to "Daun Lakum merawat ibu selepas bersalin"

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

Categories

Dapatkan Artikel baru terus ke Email Anda !!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari artikel di sini

Custom Search