31 Oct, 2007

Buah keradang untuk awet muda

Posted by: admin In: Buah Keradang


Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atu memanjat.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiayt dari segi kesihatan diri.
“Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.

Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.

Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.

Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.

“Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :3167

4 Responses to "Buah keradang untuk awet muda"

1 | Zalmi

October 31st, 2007 at 10:13 am

Avatar

Kalau ditempat saya, pokok ini dipanggil Asam Paya

2 | hasz

November 5th, 2007 at 3:29 am

Avatar

saya nak penjelasan yang lebih detail about asam paya. kalo bleh la…..

3 | fazli

November 5th, 2007 at 6:51 am

Avatar

Saya akan cuba cari maklumat detail bila ade kelapangan

4 | eimann

January 19th, 2009 at 1:31 am

Avatar

kat tempat saya dipanggil asam renda atau buah krenda

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17128 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12296 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10573 hits
Khasiat Lobak Putih - 9818 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9711 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8042 hits