Powered by Max Banner Ads 

21 Sep, 2007

Promosi Taman Herba

Posted by: admin In: Artikel Herba

TANAMAN herba sudah diakui berkhasiat untuk kesihatan malah banyak yang dikomersialkan dan mendapat sambutan baik orang ramai, antaranya tongkat Ali, kacip Fatimah dan cengkudu.

Melihat potensi itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memajukan Pulau Sah Kecil di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sebagai Taman Herba terkenal di dunia.

Serentak itu, pelbagai promosi dilakukan termasuk mengedarkan risalah di beberapa pusat pelancongan setiap negeri, menyiarkan khasiat dan kepentingan tumbuhan itu di laman web dan mengadakan seminar dengan agensi jabatan kerajaan dan swasta.

Inisiatif Ketengah itu turut memberikan manfaat kepada penyelidik dan penggemar tumbuhan hutan yang sebelum ini bersusah payah meredah hutan semata-mata untuk mengkaji satu spesies tumbuhan.

Timbalan Pengurus Besar Korporat Ketengah, Hamzah Ngah, berkata Taman Herba mempunyai keluasan 15.8 hektar dan terletak kira-kira tujuh kilometer dari Pengkalan Gawi itu antara kawasan yang menjadi tarikan utama pelancong ke Tasik Kenyir.

Menurutnya, taman itu lebih kepada konsep pelancongan, pendidikan dan penyelidikan yang mempunyai lebih 200 spesies herba yang ditanam dan hidup semula jadi.

“Antara spesies herba itu ialah legundi, halban, bonglai, lada pahit, kemuning, kayu manis, tongkat Ali, sial menaun, sekentut, mambu dan pecah piring,” katanya.

Hamzah berkata, pengunjung boleh mengetahui mengenai sesuatu tumbuhan kerana dilabelkan dengan nama saintifik serta khasiatnya.

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Semua tentang Bunga : www.lamanherba.com

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "Promosi Taman Herba"

1 | FAIZUL

October 5th, 2009 at 7:49 am

Avatar

perkenalkan dan galakkan pelajar menanam herba di persekitaran sekolah. hasilnya murid dapat mengenali tumbuhan herba dan dapat menghijaukan kawasan sekolah

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • Best Agro Success: Kami menjual dan membekal syarikat atau individu yang berminat menanam STEVIA dengan harga yang berpatutan. sila sms atau call ke 0128325290 atau 088-
  • Wakman: Buah mentega ni ada 2 jenis, yg merah dan yg kuning.. Yg merah kurang sedap berbanding yg kuning..
  • Nurul Amirah: Saya harap kajian yang mengatakan buah belimbing buluh ini boleh rawat darah tinggi ini benar kerana saya berhasrat ingin membantu pesakit-pesakit yan

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur