18 Sep, 2007

Gandarusa

Posted by: admin In: Gandarusa

Number of View :1095

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal.Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to "Gandarusa"

1 | M Dzulkarnine

June 14th, 2010 at 2:00 pm

Avatar

pokok ni boleh tumbuh melalui keratan batang tak?

2 | PD

May 21st, 2011 at 11:51 pm

Avatar

Assalamualaikum tuan, blog ni telah diserang malware, bila saya klik “3 Gandarusa yang perlu anda tahu ” dan beberapa entry di blog ni.

3 | rosmpkmn

July 3rd, 2011 at 9:02 am

Avatar

macam mana nak gunakan daun gandarusa untuk menyembuhkan lumpuh otot muka akibat minor stroke?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011