17 Sep, 2007

KETUM UNTUK MERAWAT KETAGIHAN DADAH

Posted by: admin In: Daun Ketum

Number of View :3645

Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Trengganu. Nama saintifiknya Mitragyna specios dari keluarga Rubiaceae. Di sesetengah tempat ketum dipangil pokok biak.

Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Related Posts with Thumbnails

26 Responses to "KETUM UNTUK MERAWAT KETAGIHAN DADAH"

1 | ahmad albab

February 11th, 2009 at 4:08 am

Avatar

pokok yg banyak kebaikan ini kenapa perlu diharamkan?
yg penting ialah kawalan bukan pegharaman.

2 | admin

February 11th, 2009 at 4:27 am

Avatar

apabila sesuatu kawalan sukar dibuat.. maka langkah yg terbaik ialah mengharamkan la.. tetapi perubatan secara tradisional masih lagi diamalkan selagi ia tidak menyalahi undang2 agama dan islam..

3 | atok

March 9th, 2009 at 11:41 am

Avatar

Daun ketum ni nak bgtau dkt hgpa smua mmg best..tapi pandai2 hngpa la cara mcmana nak guna

4 | Abd Hamid Salleh

June 15th, 2009 at 2:49 am

Avatar

Saya tak pernah tegok lah..macammana rupa nya..boleh tolong tunjok gambarnya tak!….

5 | fatira

June 24th, 2009 at 7:45 am

Avatar

boleh sy tahu bagaimana rupa daun ketum?

6 | OSMAN

August 4th, 2009 at 10:09 am

Avatar

DAUN KETUM DISEBELAH UTARA DIBERI NAMA DAUN BIAK DAN KEGUNAANNYA BERBAGAI SEPERTI KULIT DAN AKARNYA DIREBUS DGN MINYAK KELAPA UNTUK BUAT MINYAK URUT

7 | zaliDungun

June 15th, 2010 at 12:49 pm

Avatar

org2 yg mengharamkan daun ketum ni termasuk org2 yg akalnya lagi dahsyat dr kesan daun ketum. puok2 hisap dadah tu, dr mereka dok kerkoh heroin atau morfin ke..baik depa kerkoh ke daun ketum. kesan sampingan tidak seteruk mana. paling tidak khayallllll je atau penig2 beruk..hi hi hi. saya dulu kerja balak, puluhan kilometer masuk ke hutan, pembantu penebang balak dan lain-lain. naik bukit turun bukit, terjun sungai panjat tebing…lelohhh bedohooo (penat sungguh). petang balik ke kongsi (rumah rehat pekerja) minumlaaa air rebusan akar kayu campur si daun ketum niii…. esok pagi macam tak der apa-apa. Nak balik rumah mau jumpa isteri, amal dulu minum air akar kayu plus daun ketum ni…jeng jeng jengggg… tak payah viagra.. isteri kenyang sampai sebulan! Yg mengharamkan tu, kl saya bagi minum atau makan jamu ketum ni (ramuan halal)… sohih dia tamboh 2-3 org bini lagi… mungkin masa tu dia baru ubah fatwa jadi HALAL.. ha ha ha

8 | Panca

June 22nd, 2010 at 6:49 am

Avatar

Salam…

Bagaimana pulak utk mengubati org yg dah ketagih minum air ketum? Ada tak cara2 nya dan d mana?

9 | chi

July 13th, 2010 at 11:06 pm

Avatar

salam..
sy ada seorang kawan yg dah terlalu ketagih air ketum..
camna nk ubati??

10 | tun2tin2

July 21st, 2010 at 5:44 pm

Avatar

Khasiat Daun ketum juga sebagai penyembuh demam chikungunya dan sakit sendi tulang

11 | tun2tin2

July 21st, 2010 at 5:45 pm

Avatar

tukar sama air tebu,

12 | sheera

July 27th, 2010 at 3:35 am

Avatar

salam.. kalau minum air ketum yng biasa2 punye, dye bleh berkumpul kat usus kew? n bwak kpada apendik.

13 | azli

September 8th, 2010 at 6:46 pm

Avatar

klu ada benih ketum utk dijual hantar ke email sy

14 | admin

September 14th, 2010 at 8:19 am

Avatar

nak buat apa daun ketum tu agaknya.. nak test ke?

15 | izman

October 23rd, 2010 at 6:09 am

Avatar

……kalau minum air daun ketum ni…ikut peraturan tanpa campur bahan lain….tak adanya jadi ketagih..

16 | mohamad nizam

November 9th, 2010 at 1:07 am

Avatar

mula2 tu mmng la kata minum nk buat ubat la,nk bg segar badan la …lastly terus ketagih…merata tempat dah aku dok tengok kat utara ni…sampai budak sekolah rndh pun dh teruk…kt tmpat krja aku pulak geng2 ketum ni klu x ada air ketum,mulalah malas nk keja…asyik marah2 x tntu pasal..dh ketagih kronik air ketum…mcmana tu!!!!

17 | yusri

November 15th, 2010 at 1:50 pm

Avatar

Assalamualaikum… Saya nak berkongsi sedikit tentang penggunaan daun ketum ni. Ditempat saya ni ada jg yg mengamalkan meminum daun ketum ni. Apa yang saya lihat, minum daun ketum ni bg tujuan menghilangkan sakit2 badan akibat bekerja kuat memang mujarab.
Daripada maklumat yang saya perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, selalunya daun ketum yang dibeli siap atau readymade ni telah dicampur bahan2 lain seperti ubat nyamuk, ubat kaki 3 dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan ketagihan. Jadi kalau nak minum, minumlah yang direbus sendiri. Pasti tiada kesan sampingan Walau apa pun pada saya elok atau tidak penggunaannya bergantung kepada individu itu sendiri. Tepuk dada tanya selera.

18 | mokad

March 29th, 2011 at 6:29 am

Avatar

mcm mana nak tanam pokok ketum? sape yg tau harap respon

2. Mcm mana nak tukarkn perundangn m’sia supya ketum x diharamkn. Sape tau harap respon

19 | mokad

March 29th, 2011 at 6:31 am

Avatar

@azli - benih ketum utk dijual , hubungi kaditrads@asia.com

Reply - kaditrads@asia.com‘); return false;”>Quote

20 | sabariah

May 17th, 2011 at 6:52 am

Avatar

kt kg saya banyak sngat pokok ketum terbiar ni…kg kt Pahang

21 | rasha

June 9th, 2011 at 3:22 am

Avatar

salam ,, saya nak tanya mcam mna nak bagi seseorang berhenti minum air ketum ? ada kawan saya seorang tak boleh nak buat kerja apa pun bila tak ambik ketum .. menurut kawan saya ,, dia tak mampu nak buat kerja apa pun disebabkan sakit pinggang yang teramat disebabkan
tidak minum air ketum terlebih dahulu ,,

22 | budaksekolah 1973

June 12th, 2011 at 9:24 pm

Avatar

minum ketom pon mau kacau…umah maksiat belambak ampa xmau kacau..kedai judi xkcau…oh lupa depa dok byr bln2 kt ampa…elok la kedaqah duit hrm..ni bkn ckp kosong mmber aku yg jg kdai mesin aku tau la…

23 | Inspirasi Cyber

June 26th, 2011 at 3:02 pm

Avatar

masalahnya sekarang adalah salahguna terhadap daun tersebut…harap kerajaan buat pemantaun lebih ketat tentang hal ini

24 | mohdrizdhuan

July 26th, 2011 at 2:40 am

Avatar

…ada pro n kontranya..saya cadangkan pihak universiti, atau agensi berkaitan buat kajian mendalam mengenai daun ketum….kemudian umumkan pada masyarakat.. siapa tahu ada penemuan bermanfaat ke?atau skrg2nye kemudaratan yang buleh timbul melaluinya…
“sekiranya mereka tahu khasiat herba2 kita pasti mereka sanggup menukarkannya dengan ketulan2 emas” renung2kan..

25 | am

August 26th, 2011 at 8:58 am

Avatar

Aku Ada 1 cara nak berenti ketum. Cari produk German nama dia fitline, ditanggung halal seluruh dunia. Family aku Ada sorang try produk ni untuk hilangkan ketagih.katanya hanya yang tabah akan berjaya. Sebab hari kedua dia minum produk ni badan dia kejang n sakit. Hari ke3 trus ok. Dia minum 3 sudu ja sebelum tido sebab kalau tak tak bley tido.Tapi Harga dia Mahal gila bro. Kalau nak tau e-mail kat adammazni@gmail.com

Reply - adammazni@gmail.com‘); return false;”>Quote

26 | putera

November 1st, 2011 at 9:04 am

Avatar

air ketum banyak mafaatnya untuk perubatan, sy selalu minum fuh rugi org yg tdk penah minum, lepas minum badan rasa segar ada tenaga hilang rasa lenguh2 rasa darah dlm badan berjalan lancar.. kalu saudara nk minum amal minum lepas makan pagi setengah cawan teh dan minum lg sebelah malam, bagi yg dh kawen elok minum utk kebahagian rmhtangga anda. Jangan amal minum banyak sb boleh bw hayal dan jgn minum bila perot kosong..saudara jgn salah tanggapan air ni merupakan perubatan tradisional mcm tongkat ali jgk la.. bagus minum drp kita duk amal makan ubat2 klinik yg ada kesan sampingan.

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011