17 Sep, 2007

BANGUN-BANGUN MELEGAKAN ASMA

Posted by: admin In: Bangun-bangun

Banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi.

Nama saintifiknya Plectranthus amboinensis dari keluarga Labiate. Pada setengah tempat bangun-bangun dipanggil sebagai pokok ketumbar (bukan Cariandrum sativum). Daunnya tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu dan jika diramas mengeluarkan aruma yang wangi dan berangin.

Batangnya lembut berwarna hijau muda dan mudah melendut ke tanah. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil menjadikan pokok ini mudah merimbun. Ia mudah hidup dengan hanya memetik batangnya untuk tujuan baka.

Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.

Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma secara turunan. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.

Selain itu bahagian daun boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit dan bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung. Begitu juga untuk penawar gigitan binatang hendaklah ditampalkan pada bahagian yang sakit digigit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segalanya tentang herba kesihatan > www.herbakesihatan.com

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Semua tentang Bunga : www.lamanherba.com

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :862

1 Response to "BANGUN-BANGUN MELEGAKAN ASMA"

1 | simamoramarotharatua

October 28th, 2011 at 8:59 am

Avatar

mau tau lebih banyak tentang kegunaan bangun bangun

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17127 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12295 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10573 hits
Khasiat Lobak Putih - 9817 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9711 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8040 hits