17 Sep, 2007

ATI-ATI DAUN MERAH UNTUK PEDIH HATI

Posted by: admin In: Ati-ati

Ati-ati boleh didapati di dalam berbagai warna tetapi kebanyakan daunnya mempunyai bentuk dan aroma yang sama jika dilumatkan. Daunnya berbentuk hati serta begigi-gigi di tepinya.

Kepelbagaian warnanya seperti hijau, merah hati, kuning dan berbatik menjadikan ia bunga hiasan yang popular baik untuk landskap maupun hiasan dalaman.
Mempunyai batang yang bersegi berwarna hijau muda lembut dan mudah patah. Habitatnya mudah berumpun kerana batangnya mudah rebah ke tanah dan berakar serta bercabang.

Kulit pada batangnya amat nipis tetapi liat dan apabila batangnya dipatahkan kulitnya akan tersiat. Walaupun ia mudah patah, pengambilan untuk tujuan perubatan atau untuk dijadikan bibit eloklah dikerat dengan menggunakan pisau yang tajam.
Untuk tujuan pegenalan kepada herba - fokus kita ialah ati-ati daun hitam. Nama saintifik ialah Coleus atropupureus Benth dari keluarga Lamiaceae. Tumbuhan ini berbunga kecil dalam bentuk jambak memanjang di hujung dahan. Ia mudah ditanam dengan hanya mematahkan dahan dan menanamnya di dalam pasu atau dicacak begitu saja. Ati-ati daun hitam dikatakan lebih mujarab untuk perubatan tradisi.

Daunnya boleh digunakan untuk mengubati sakit pedih hati dan gastrik. Di samping itu ia juga boleh menjadi pilihan dalam usha untuk menjarangkan bersalin bagi wanita-wanita yang bermasalah.

Caranya ialah dengan merebus daunnya dan air rebusan itu diberi minum kepada yang memerlukan.

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "ATI-ATI DAUN MERAH UNTUK PEDIH HATI"

1 | pin

January 31st, 2010 at 4:41 am

Avatar

pakat kaji pula goji,apa kah khasiat buah goji ?

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur