17 Sep, 2007

ARA SONGSANG MERAH UNTUK MERAWAT BUASIR

Posted by: admin In: Ara Songsang

Number of View :1191

Seperti ara songsang bunga putih, ara songsang daun merah juga tumbuh merimbun menutup bumi dengan ketinggian rimbunannya kira-kira 15 sentimeter.

Batang dan daunnya berwarna merah darah ikan dan bunganya seperti ekor kucing, manakala buahnya pula kecil dan berduri. Tumbuh di kawasan lapang dan di tepi jalan, tetapi ketika ini banyak ditanam sebagai tanaman penutup bumi atau taman gantung.
Nama saintifiknya Asystasia sp. dari keluarga Acanthaceae. Banyak kegunaannya - antaranya seperti mengubati buasir dan najis berdarah. Caranya ialah dengan merebus semua bahagian pokok termasuk akarnya kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari.

Bagaimanapun amalan tradisi biasanya mencampurkan rebusan ara songsang ini dengan herba lain seperti pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (Averrhoa spp.). Air rebusan ini juga boleh mencegah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung.

Nota herba: Setiap rebusan herba mestilah menggunakan periuk tanah dan jangan sekali-kali menggunakan periuk aluminium kerana logam itu bertindak anti-herba yang boleh menghilangkan khasiatnya.

Selain itu ketika merebus pastikan periuk tidak ditutup bagi memberi laluan kepada unsur-unsur racun yang mungkin ada di dalam pokok berkenaan keluar bersama wap ketika mendidih.

Related Posts with Thumbnails

1 Response to "ARA SONGSANG MERAH UNTUK MERAWAT BUASIR"

1 | sharifah intan

August 30th, 2010 at 5:03 am

Avatar

Bolehkah disiarkan gambar ara song merah ini…dimana boleh dapat daun ini jika nak dibuat ubat?

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011