13 Sep, 2007

Misai Kucing - Orthosiphon Stamineus

Posted by: admin In: Misai Kucing

Number of View :1450

Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik.


.

Related Posts with Thumbnails

20 Responses to "Misai Kucing - Orthosiphon Stamineus"

1 | nurainbalqiz

September 20th, 2007 at 1:13 pm

Avatar

assalamualaikum..
thanks sebab kat blog ni de info2 yang banyak tentang tumbuhan yang memang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan herbarium saya.. thank ye..

2 | fazli

September 20th, 2007 at 1:42 pm

Avatar

No. Problem… Saya memang minat dengan herba ni.. Saya nak cuba kumpul maklumat Herba sebanyak mungkin…

3 | amanda

March 11th, 2008 at 3:21 am

Avatar

ooo…thanz…kalu lah tiada maklumat tentang misai kucing…maybe tak siaplah assigment saya…huhu

4 | hairiah

July 31st, 2008 at 1:33 pm

Avatar

Salam,…..

kepada sesiapa yg ada info tentang penanaman dan pembajaan misai kucing bole tak kongsi.

5 | tolek

September 14th, 2008 at 4:26 am

Avatar

kalu sapa2 ada info pasal misai kucing boleh kongsi

6 | wan

November 20th, 2008 at 4:52 am

Avatar

insya Allah dari segi penanaman dan pembajaan boleh sedikit sebanyak saya bantu.Sehingga hari ini saya telah menanam dan consume it myself hampir 5 tahun.Own production di halaman rumah 8kaki(p) X 1kaki(l) bercambah dari hanya 1 pokok shj dulu.Email saya untuk berkongsi saya x de masaalah boleh saya jwb berkenaan cara menanam dan menjaganya.

peminat hardcore misai kucing

7 | mohamad

December 13th, 2008 at 1:55 am

Avatar

askm…nak info secara detail ttg misai kucing.boleh?ini nombor tfon saya…013 9951774

8 | aisyah

January 18th, 2009 at 8:59 am

Avatar

dari segi penanaman,die takde sebarang masalah ke?

9 | admin

January 18th, 2009 at 2:11 pm

Avatar

Jarang ade masalah penyakit atau perosak yang serius bagi tanaman ini..

10 | danial

February 1st, 2009 at 2:59 am

Avatar

apa itu cordyceps sintesis dan cynomorium songaricum

11 | fakuzi

March 17th, 2009 at 9:39 am

Avatar

boleh x awk terangkan dengan ringkas bagai mana hendak menanam pokok misai kucing secara komersial….sya dan 3 orang sahabat sya sedang merancang hendak mengusaha tanah sahabat kami yg terbiar…harap awk dapat memberi tunjuk ajar????

sekian terima kasih

12 | admin

March 23rd, 2009 at 8:22 am

Avatar

Misai kucing paling senang di tanam.. hanya guna keratan sahaja.. tanah pula yang penting gembur dan mempunyai banyak bahan organik..

13 | vapheline

April 2nd, 2009 at 7:11 am

Avatar

pokok ni xde penyakit ke??
atau mmg xkan d jangkiti penyakit?

14 | azam

July 16th, 2009 at 11:54 pm

Avatar

bagaimana boleh saya dapatkan benihnya..bape harga pokok tu…berapa lama haus di tanam sebelum dapat hasilnya
mivec78@gmail.com

15 | siti noor syuhada

July 23rd, 2009 at 9:26 am

Avatar

assalammualaikum.boleh tak bgtau cara2 untuk menanm pokok misai kucing untuk sy menyiapkan thesis sy.terima kasih

16 | kajam

November 17th, 2009 at 8:53 am

Avatar

salam,

saya telah disahkan ada gout oleh doktor…setelah sakit hilang disendi ibu jari,saya berhenti makan ubat yg diberikan doktor dan mula berpantang…tapi asal saya tersalah makan je mesti kaki saya akan sakit semula..hinggalah satu hari saya terbaca diakhbar satu produk misai kucing herba polens…saya mencubanya dan insyaallah sampai sekarang kaki saya tak sakit lagi walaupun kadang2 saya ada mencuba seekor dua makanan laut atau makanan yg tidak boleh dimakan penghidap gout…

17 | yaakub

December 15th, 2009 at 4:32 am

Avatar

Siapa yang ingin membeli daun misai kuching kering ada juga daun hempedu bumi dan mas chotek kering.

sila call Pak Kob 019-7735617 atau layari yaakub2007@yahoo,com

Pak Kob ada menanam mengeringkan dan sedia untuk di jual.

Sebarang pembelian secara pukal boleh di rundingkan.

18 | yaakub

January 21st, 2010 at 8:46 am

Avatar

Asalamualaikum,

Sekarang Pak Kob dah keluarkan teh unchang misai kuching plus stavia. Khas untuk sesiapa yang mengidap kenching manis, aut, batu karang dan penyakit urinery. sesiapa yang memerlukan boleh call pak kob di 01907735617. harga satu packet 20 unchang RM: 20.00 sahaja.

19 | Saiful Anuar

December 27th, 2010 at 2:31 am

Avatar

Bagus…saya baru beli pokok misai kucing… ;)

20 | aida

June 22nd, 2011 at 12:37 pm

Avatar

bagoz r maklumat ni..
t pa pe m-bik kt cne je la..
tenq c-yoot
O_X

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011