11 Sep, 2007

Bougainvillea tak banyak kerenah

Posted by: admin In: Bougainvillea

POKOK bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah.

Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman dan kawasan perumahan. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies. Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.

Penjagaannya mudah, tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi .

Batang pokok bunga itu agak keras, mempunyai duri yang tajam dan bercabang-cabang yang menjadikannya mudah dibiakkan di mana-mana. Pembiakannya pula hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu dengan cara mudah.

Selain itu, ia juga mempunyai sudur yang rapat, daun yang lebar dan berbentuk bujur tirus yang mampu membentuk rimbunan pokok di kawasan halaman rumah atau juga sebagai tumbuhan pagar di kawasan yang menarik.

Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni yang dinamakan pengasuh bunga yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna yang menawan pandangan mata sesiapa saja.

Walaupun bunga ini bersaiz kecil dan berbentuk corong namun kegunaannya begitu baik oleh segelintir masyarakat yang menganyam untuk dandanan rambut, campuran bunga untuk mandian pewangi dan sebagai kegunaan di upacara pengebumian bagi kaum Cina dan India.

Tarikan mempesonakan bunga ini jadi bualan penduduk di negara kita kesan daripada bentuknya dan warnanya yang menarik hati. Warna bunga ini terdiri daripada jingga, merah menyala, merah jambu, merah pucat, kuning, ungu, putih dan pelbagai campuran warna.

Sedikit penjagaan ringkas, penyiraman air dan pembajaan sempurna mampu mengembalikan kesegaran bunga kertas ini dalam jangka masa kurang dua minggu. Jika mahukan pokok ini berbunga sepanjang masa, kita perlu mengurangkan air dan baja serta letakkan pasu bunga itu terdedah dengan matahari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini


 

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to "Bougainvillea tak banyak kerenah"

1 | fzi

February 11th, 2009 at 10:05 am

Avatar

Salam.
Benar… bougainvillea memang tak banyak kerenah.
Saya pun salah seorang yang minat sangat dengan bunga kertas ni. Setakat ni di laman kami ada koleksi macam2 kaler tapi yang jadi faveret nya yang kaler merah cili. Saiz bunganya lebih kecil berbanding lain2 bougainvillea… Wassalam.

2 | sabirin

February 18th, 2009 at 4:11 am

Avatar

Salam,

Saya menghadapi kesukaran untuk menjaga dan menyuburkan pokok ini,saya mengalami kesukaran dan memerlukan pertolongan para sahabat untuk memberi pendapat dan cara yang terbaik untuk menjaga pokok ini.Di tempat saya bekerja pertumbuhan daun dan bunga adalah tidak sekata di setiap kawasan.Kawasan yang mengalami masalah adalah di kawasan bahagian lereng,pokok bunga kertas di tempat saya bekerja tidak menghasilkan daun yang banyak dan tidak berbunga,hanya tinggal batang dan daun-daun kecil sahaja.Saya ingin menanyakan sesuatu kepada sahabat-sahabat yang boleh membantu…adakah sesuai pokok ini di tanam di bawah pokok yang besar dan saya ingin bertanya jenis baja apa yang dapat membantu untuk menggalakkan pertumbuhan daun dan bunga serta berapa kali proses penyiraman perlu di jalankan pada pokok ini serta masa yang sesuai untuk menyiram?Diharapkan segala ilmu dapat di kongsi bersama

3 | admin

February 23rd, 2009 at 6:39 am

Avatar

Pokok bunga kertas ni sebenarnya tiada masalah kalau berada di bawah lindungan.. kalau nak dia keluarkan daun dan bunga yg banyak.. boleh cuba letak baja kimia NPK 15.15.15 yg biasa sahaja.. lepas tu kena biarkan dia dalam keadaan kemarau seketika.. lepas tu anda boleh lihat dia keluarkan bunga dengan banyak..

Comment Form


 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Categories


  • sya: info yang bagus! saya pernah dengar tentang pokok kecubung tapi kurang jelas mengenai khasiatnya. Terima kasih dengan info di laman ini!!
  • delon: Good day, saya ada masaalah tentang pokok ini, dimana ada sejenis burung yang bermata merah suka sangat makan daunnya sehingga pokoknya mati.
  • mardiana binti kholid: pecinta buah-buahan tempatan, skg ada lg x buah ni kat umh awak? saya nak beli..klu ada tlg e-mail kat saya di mardiana_kholid@yahoo.com. please ye...

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Dapatkan Artikel Baru Terus ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur