04 Sep, 2007

Daun inai - Henna

Posted by: admin In: Inai

 

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi pada daunnya. Daun inai atau Henna merupakan sejenis pokok renek dengan bunga yang berwarna hijau pucat serta daun-daun yang sangat berguna. Orang-orang melayu dan cina menggunakannya untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Untuk itu, daun-daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada tempat yang sakit.

Selain daripada itu, orang melayu juga menggunakan air daun ini untuk menyembuhkan sakit perut. Air ini berupa campuran daun inai segar yang telah dicincang atau inai kering dengan dua gelas air. Ia direbus di dalam bekas yang tidak ditutup. Airnya ditapis dan diminum.

Serbuk daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang. Sementara itu, akar-akar palpa digunakan untuk mengubati bisul. Bagi orang-orang India,air daun itu adalah baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya bahawa berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, orang-orang Melayu juga menggunakan daunnya (yang memberikan warna jingga yang menarik) untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurrkan dengan pewarna-pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut atau bahan tekstil.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :2131

4 Responses to "Daun inai - Henna"

1 | chah

June 13th, 2009 at 6:28 am

Avatar

kalau tok nenek saya dulu,daun ni direbus dan diminum seperti air teh O untuk tujuan awet muda (nak kasi muka nampak merah bercahaya katanya)serta merawat luka dalaman untuk perempuan baru bersalin akan diberi minum 3 pagi berturut-turut sebanyak 1 cawan(segenggam daun inai tua + 2 cwn air).bunganya pula dibuat ulam….agak pahit tapi sedap….

2 | admin

June 14th, 2009 at 4:42 am

Avatar

wah.. chah ni memang banyak pengalaman dalam petua2 orang lama ni..

3 | Cmayau

January 19th, 2010 at 6:59 am

Avatar

pokok inai boleh tahan tak hidup dalam pasu..

4 | sirzah

January 22nd, 2010 at 1:12 pm

Avatar

local name tuk inai pe ye??
it family??

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17126 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12295 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10573 hits
Khasiat Lobak Putih - 9817 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9711 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8040 hits