03 Aug, 2007

Daisy segar hiasi ruang tamu

Posted by: admin In: Daisy

BUNGA daisy senang ditanam dan tidak cerewet dari segi penjagaan. Kuntum bunganya memang cantik dan berkelopak majmuk serta berbentuk bulat tumbuh pada ketiak daun. Bunganya menyerupai bunga matahari dan tumbuh di hujung tangkai yang panjang.Ada beberapa jenis daisy yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti putih, jingga, merah hati, kuning dan merah jambu.Daunnya pula berwarna hijau tua yang agak besar serta panjang dan bergerigi di bahagian tepinya, tumbuh dari bahagian bawah pokok yang tidak berbatang.

Bunga daisy sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga serta cantik warnanya.

Pokok ini cepat membiak jika dibaja selalu. Pembiakan dilakukan melalui anak benih yang terdapat di sisi pokok atau belahan rumpun yang padat dan boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di tanah.

Jika ditanam secara banyak di atas tanah ia menjadi amat menarik ketika bunganya berkembang.

Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik terutama tanah berpasir.

Selain membiarkan kuntuman daisy mekar di dalam pasu atau di halaman ia juga boleh dijadikan bunga keratan untuk menghiasi sudut di dalam ruang tamu kerana bunganya tahan agak lama.

Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter.

Spesies pokok hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru.

Hayatnya hanya dalam tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang pudar warnanya.

Cara menanam

BIJI benih dari bunga pertama induknya diambil dan ditabur dalam bekas yang mengandungi tanah basah. Ia mudah bercambah dan cepat membesar.

Pindahkan ke polibag untuk memberi peluang kepada setiap anak benih itu membesar tanpa berlaku perebutan baja dalam ruang bekas yang padat.

Proses tumbesarannya adalah cepat dan boleh dijadikan stok pusingan untuk proses penanaman semula pokok menggantikan pokok lama.

Kaedah penanaman berkelompok dikenal pasti mampu menyerlahkan pemandangan yang menarik. Sesetengah pakar landskap mengklasifikasikan kaedah itu sebagai mencipta semak (bush) bagi hiasan taman.

Siraman mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari hari. Penggunaan tanah gembur dan baja organik yang dihasilkan daripada najis haiwan reput, kompos dan tanah bakar amat disyorkan bagi memastikan kesuburan pokok dan wujudnya proses membaiki struktur tanah

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :13474

18 Responses to "Daisy segar hiasi ruang tamu"

1 | siti sara

November 15th, 2007 at 3:31 am

Avatar

Hello there,
Interesting to read your article.
Tolong saya untuk tanam bunga daisy sebab bunga nya cantik.
Saya ada pokok bunga daisy. masalah nya kalau saya letak bunga daisy dekat dengan matahai walaupun saya siram masih daun nya layu kenapa?
Sekarang ini saya letak di bawah lindungan matahari. Nampak nya OK.

Cerita pasal benih dan pembiakan – boleh bantu saya.
Terima kasih. Anda boleh layar di e-mail saya ct_sara45@yahoo.com

2 | chacha

February 28th, 2008 at 2:35 pm

Avatar

Hi, recently i planted daisy in my garden. can you help me, how should i transfer it to new places? i mean i must wait until all flowers fall and then cut it, rite? thank you.

3 | admin

February 29th, 2008 at 7:41 am

Avatar

awak terus pindahkan je pun takde masalah.. tapi lagi bagus biarlah bunganya habis berkembang dahulu.. lepas tu boleh terus pindahkan.. selepas pindahkan rajin-rajinlah menyiram selalu.. kalau tak ia cepat layu..

4 | admin

February 29th, 2008 at 7:43 am

Avatar

cik siti sara,
pada pandangan saya dah tentu bunga daisy cik siti sara tak tahan dengan kepanasan.. jadi dia perlukan sedikit lindungan..

5 | hajarjazz

July 5th, 2008 at 5:46 pm

Avatar

tadi saya baca, taburkan benih atas tanah kan? pastu die lebih elok ditanam atas pasir.. em.. mase mule2 tabur kat polister bag tu, boleh kan terus gune tanah bakar? atau tanah biase, atasnye letak tanah bakar? atau gunekan pasir terus pastu letak tanah bakar? saya sangat baru dlm tanam menanam ni.. sangat baru.. harap boleh terjawab persoalan.. trimas2… =)

6 | admin

July 6th, 2008 at 10:12 am

Avatar

Pakai tanah biasa yang di campur pasir pun boleh.. lepas tabur benih.. letakkan lapisan tanah yg nipis di atasnya.. lepas dia bercambah seminggu baru letak tanah bakar…

7 | idzura

July 11th, 2008 at 12:11 pm

Avatar

hai… kenapa bunga daisy saya bile siang dia tunduk, tangkainya lembik macam malu2 gitu, tapi bila malam baru tangkainya tegak dan bunganya baru cantik… pelik betul la. saya tanam di balkoni rumah. saya dah membuat pembiakan pokok dengan mengambil sedikit akar dari pokok lama, cuma lambat skit berhasil.
minta bantu saya
thanks

8 | inas

July 30th, 2008 at 1:53 pm

Avatar

aaaa….doy, tanah bakar……tanah biasa….???? saya tak fasih tang ni…..kalau saya rembat je tanah kat halaman rumah leh ke…???

saya pun dah jatuh cinta kat bunga daisy……..

9 | ariza

December 12th, 2008 at 3:19 pm

Avatar

bunga daisy sesuai tanam di kawasan panas x? blh hdp x? or kene tanam dkt kwsn sejuk mcm fraser hill?

10 | sha

November 18th, 2009 at 3:03 am

Avatar

saya nak tanya sesuatu, saya dan kakak beli pokok daisy yang sama warna..sama kedai

Bila balik saya terus salin pasu, tambah tanah hitam yg beli kat nurseri tu then letak je kat porch. saya alas dengan alas pasu dan siram 2 kali sehari. ok..cantik

tapi kakak saya punya tak begitu wpun dia buat apa yg saya buat. kenapa ye? persekitaran tak sama ke sebabnya? Dia pun pelik..tak tau apa nak buat. tangkai bunga tunduk..bunga menghadap lantai jek.. kenapa agaknya?

11 | sha

November 21st, 2009 at 4:48 pm

Avatar

Anak benih daisy dari bunganya…macam mana tu?

12 | jun

April 21st, 2011 at 9:59 am

Avatar

di mana dapatkan biji benih bunga daisy

13 | Ima

June 23rd, 2011 at 4:55 am

Avatar

Salam.. Di mana saya boleh dapatkan benih bunga daisy ni? Brape lama hayatnya selepas ia kembang?

14 | Baskey

March 27th, 2013 at 2:43 pm

Avatar

hii….saya nak tanya ade berape warna bunga daisy ni…bab kat saya setakat ni ade 9 jenis bunga daisy tapi hanya 5 warna saja yg ade…merah (2), kuning(3), putih, orange dan ungu…tq…

15 | Baskey

March 27th, 2013 at 2:45 pm

Avatar

maaf putih(2)…

16 | Aisyah

August 15th, 2013 at 5:36 pm

Avatar

Hi,
sy ada dapat bunga daisy.tp,bunga yang d cabut dari pokok.mksudnya,batang dgn kelopak je ada..mcm mna nk dapatkan benih bunga daisy darinya?

17 | bulat

September 13th, 2014 at 6:55 am

Avatar

bungdaisy sy da layu teruk..setiap pg siram n letak di tempat panas…tp layu…mcm mne nk sembuhkn die…adekah die akan mati atau blh di pulihkan…

18 | Ihsan

March 17th, 2015 at 3:37 pm

Avatar

Assalamualaikum ..
Mohon bertnya,berkenaan semaian benih tu,sya dh cuba bnyk kali .cara sya ialah sua ketuk2 bunganya dlm pasu yg mediumnya tanah bkr n kompos tp xmnjadi pun.kat mna silpnya agak nya yer?

Comment Form

Categories

Share on Facebook

41
Share

BlogMalaysia.com

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Artikel Popular Hari ini

Artikel Popular Minggu Lepas

Artikel Paling Popular Tahun 2011-2014