16 Aug, 2007

Cekur (Kaemferia galanga L)

Posted by: admin In: Cekur


Cekur berasal dari Asia Tropika. Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China. Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan. Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1095

7 Responses to "Cekur (Kaemferia galanga L)"

1 | ida

November 10th, 2008 at 9:19 am

Avatar

Adakah cekur bukit dan cekur (kaemferia galanga L) sama kaedah & kegunaannya?

2 | ella

January 9th, 2009 at 8:40 am

Avatar

ape ek characteristics cekur???????

3 | Seha

February 22nd, 2009 at 7:35 am

Avatar

Boleh terangkan secara mendalam tentang cekur betina?

4 | johari b. hashim

October 31st, 2009 at 11:43 am

Avatar

Setahu saya cekur ada 4 jenis. Cekur jantan daunnya panjang seakan-akan rumput padang agak tebal, cekur betina daun lebar serta tebal, cekur hitam daun lebar tetapi nipis serta mempunyai corak batik hitam pada daun tua manakala cekur merah asal dari India daunnya lebar besar tapak tangan. Daun muda agak berkilat merah kehitaman ubinya kuning.Dalam banyak-banyak cekur, cekur betina ramai yang menjadikannya sebagai ulam.

5 | admin

October 31st, 2009 at 2:38 pm

Avatar

Baru saya tahu cekur ni ada jantan betina..

6 | na hashim

April 24th, 2010 at 5:35 am

Avatar

cekur ni sangat elok untuk ibu2 yang dalam pantang,makan buat ulam bersama nasi panas.

7 | da purple

March 9th, 2012 at 5:16 am

Avatar

adakah kesemua tumbuhan cekur itu boleh di buat ulam? dan untuk batuk, bagaimana caranya dibuat ubat??

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • anne badawi: buah ni adik beradik ngan buah leletup tu..sy pernah baca mengenainya. kalau di hawai buah leletup tu ade yg warne biru n merah tau. satu famili la
  • chah: Salam.... Hmmmm....kebanyakan orang2 Pahang mesti kenal pisang ni.....Pisang ni kan terkenal sebagai bahan utama untuk buat "puding raja"...Ala pisan
  • ayang: buah mentega manis rasanya.sedap dimakan sesudah ranum masaknya.kulitnya memang berbulu.tapi dalamnya susah nak kata kalau tak cuba sendiri.ada orang

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17126 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12295 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10572 hits
Khasiat Lobak Putih - 9817 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9709 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8040 hits