04 Aug, 2007

Ati-ati

Posted by: admin In: Ati-ati

Number of View :1004

Nama saintifik:Coleus blumei Benth

Warna merah pada daun pokok ini adalah disebabkan oleh kehadiran sejenis sebatian yang disebut sebagai Antosianin.Daun pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga luka.Kajian secara saintifik telah dijalankan terhadap pokok ini.Pokok ini dilaporkan mengandungi minyak pati atau minyak meruap.Darah tinggi boleh diubati secara tradisional dengan menggunakan daun pokok ati-ati.Ambil beberapa helai daun pokok ini dan rebus selama empat hingga enam jam.Biar sehingga air rebusannya menjadi pekat.Minumlah air ini setiap hari.Daun pokok ini boleh digunakan sebagai ubat luka.Ambil beberapa helai daun yang tua dan tumbuk sehingga lumat.pupuk hasil tumbukan ini ke atas luka dan ulangi beberapa kali sehingga lukaitu sembuh.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

———————————————————————————–

Klik sini untuk melihat Video Tumbuhan yg dikatakan lucu oleh Orang Putih tapi bagi kita pokok ni biasa je di Malaysia. Cuba teka pokok apa?

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to "Ati-ati"

1 | pok ya

July 28th, 2010 at 3:09 am

Avatar

saya ade high blood presure tapi belum pernah guna daun ati-ati sebabnya bimbang takut beracun, maklumlah pokok comel dan warna-warni.

2 | mohd zukri bin mohd ramli

May 12th, 2011 at 2:42 am

Avatar

saya pernah menanam tumbuhan ini ,sangat senang tumbuh nya, tanam dengan mempelbagaikan warnanya serta ketinggian yang berbeda-beda, untuk mengawal ketinggian ya ,cuma perlu kutilkan saja pucuk dan bunga yang keluar supaya dapat bentuh pokok yang rimbun dan rendang.

3 | nis anisa

August 8th, 2011 at 4:17 pm

Avatar

mna nk cari pokok neh….

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011