03 Aug, 2007

Warna dan seri pelbagaikan hiasan ati-ati

Posted by: admin In: Ati-ati

ADA banyak pokok hiasan memiliki daun beraneka warna. Pokok jenis ini sesuai untuk menimbulkan keindahan di samping serlahan pelbagai bunga sebagai elemen penghias taman.

Selain puding, antara pokok bunga popular yang menjadi hiasan taman ialah ati-ati atau nama saintifiknya Coleus.

Pokok hiasan ini dicadang bagi kaedah tanaman pasuan dan penghias laman yang mudah diuruskan. Ia boleh diperoleh dengan harga murah berbanding nilai kecantikannya. Selain Malaysia, pokok ini sebenarnya popular di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia yang dikenali penduduknya sebagai pokok berdaun cantik.

Varieti Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah.

Berbeza dengan pokok puding yang rimbun tegak dan melampai walaupun cara pengurusan penanamannya mudah seperti ati-ati. Ini kerana tekstur pokok ini berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

· Tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

· Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

· Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak begitu terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

· Disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Semua tentang Bunga : www.lamanherba.com

 

Related Posts with ThumbnailsNumber of View :1528

No Responses to "Warna dan seri pelbagaikan hiasan ati-ati"

Comment Form

Categories

Hari ini & Semalam

BlogMalaysia.com


  • anne badawi: buah ni adik beradik ngan buah leletup tu..sy pernah baca mengenainya. kalau di hawai buah leletup tu ade yg warne biru n merah tau. satu famili la
  • chah: Salam.... Hmmmm....kebanyakan orang2 Pahang mesti kenal pisang ni.....Pisang ni kan terkenal sebagai bahan utama untuk buat "puding raja"...Ala pisan
  • ayang: buah mentega manis rasanya.sedap dimakan sesudah ranum masaknya.kulitnya memang berbulu.tapi dalamnya susah nak kata kalau tak cuba sendiri.ada orang

About

Blog ini hanyalah artikel semata-mata. Ianya di ambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya ada kesilapan atau ketidakpuasan hati mengenai artikel ini haraplah diberi komen dan cadangan. Di harap sedikit-sebanyak blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda yang berminat dalam bidang tumbuh-tumbuhan, landskap, herba dan bidang pertanian.

Klik Like!! Sertai Saya di FaceBook!!

Download Percuma Pelan Bisnes !!

Artikel Paling Popular Tahun 2011


Pokok Stevia @ Pokok Gula - 17126 hits
Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Pasu - 14028 hits
Pokok Pecah Kaca - 12295 hits
Tanaman Herba Di Malaysia - 12032 hits
Ulam-Ulaman - 11661 hits
Buah Mentega - 10572 hits
Khasiat Lobak Putih - 9817 hits
Buah Kuning Telur @ kanistel - 9732 hits
Buah Markisa - 9709 hits
Buah Keriang Dot - 9675 hits
Khasiat Daun Sirih - 9635 hits
Rahsia Buah Delima - 9305 hits
Buah Kesusu - 8987 hits
Buah Berembang - 8451 hits
Petua Tradisional - 8040 hits