POKOK bunga puding dipercayai berasal dari kepulauan
Pokok itu memang mudah diurus dan mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dalaman dengan menggunakan pasu tetapi memerlukan dedahan cahaya yang banyak.
Spesies tumbuhan berbatang ini hanya mempamerkan keindahan warna dan reka bentuk daunnya saja. Ia turut sesuai ditanam secara kelompok sebagai tanaman tumpuan. Sekiranya teknik kombinasi menjadi pilihan, ia bermanfaat sebagai latar belakang kepada pokok hiasan lain.
Seni landskap turut mengklasifikasi kesesuaian puding sebagai elemen pagaran, ditanam di pinggir jalan, taman rekreasi atau di pembahagi jalan di mana ketinggiannya dikawal secara seragam.
Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin dikenali sebagai Platifilum. Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun yang beralun dipanggil Krispum. Manakala yang berdaun kecil dengan urat daun utama yang tertonjol adalah dari jenis Kornutum.
· Puding jenis Lobatum mempunyai daun yang bercuping tiga dan lebar di bahagian tengah. Apaendikulatum pula dari jenis daun yang berbentuk garisan di bahagian tengah.
· Satu bahagian bahan organik, tiga bahagian tanah dan baja permulaan TSP dengan kadar 50 gram untuk setiap pokok mesti disediakan.
· Ia memerlukan dedahan cahaya penuh dan suhu panas lembap dengan kesesuaian tanah peroi dan bekalan air yang sederhana.
· Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin dikenali sebagai Platifilum. Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun yang beralun dipanggil Krispum.

Tumbuhan ini terdiri dari batang lembut bewarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih dan hijau. Ia berbentuk bujur dengan ukuran panjang 30 cm dan lebar 25 cm. Ianya selalu digunakan sebagai Pokok hiasan dalam dan luar rumah.
Kesan Keracunan
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan di bahagian mulut, kulit dan mata. Ia juga menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat serta bengkak pada tempat sentuhan. Kebengkakan yang serius boleh menyebabkan kegagalan untuk bernafas.
Rawatan kecemasan
Bersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini. Menghisap ketulan ais dapat mengurangkan kesakitan pada mulut. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Maklumat tambahan…….
Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika di benua Amerika. Terdapat lebih 30 spesis dalam genus ini, antaranya: Dieffen-bachia amoena, D. candida, D. picta exotica, D. picta, D. maculata dan D. sequine. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang tidak bercabang. Batangnya berwarna hijau dengan belang atau bintik-bintik putih serta berair dan mempunyai getah. Ketinggian biasa adalah antara 1.2 hingga 2.4 meter; ada juga yang tumbuh melebihi 3 meter tinggi. Ia dijadikan tumbuhan hiasan popular yang selalu ditanam di ruang-ruang pejabat dan di rumah-rumah. Di Malaysia spesies yang selalu ditanam untuk tujuan hiasan ialah Dieffenbachia bowmannii Carr, D. picta exotica, D. picta dan D. sequine.
Kesan dan bahan toksik
Semua spesis tumbuhan ini mengandungi beberapa sebatian yang boleh bertindak sebagai agen iritasi yang kuat. Walau bagaimanapun kepekatan sebatian-sebatian tersebut adalah berbeza antara satu spesis dengan satu spesis yang lain. Kandungan agen-agen iritasi ini juga berbeza bergantung kepada bahagian tumbuhan yang diambil.
Batang dilaporkan mempunyai kepekatan agen iritasi yang tinggi berbanding dengan bahagian-bahagian lain. Hampir keseluruhan bahagian tumbuhan ini termasuk getahnya mengandungi agen iritasi tersebut yang terdiri daripada beberapa enzim proteolitik, protoanemanin, hablur kalsium oksalat yang yang tidak larut dan beberapa bahan toksik lain yang tidak diketahui.
Hablur kalsium oksalat wujud dalam bentuk jejarum halus yang dikenali sebagai raphides. Ia boleh juga hadir dalam bentuk druses iaitu satu bentuk kelompok umpama bintang. Struktur fizikalnya yang sedemikain mampu mendatangkan kecederaan kepada mangsa yang memakannya.
Sebatian-sebatian ini boleh menyebabkan kerosakan tisu yang teruk pada mata, kulit dan membran mukus. Sekiranya daun tumbuhan ini dikunyah, mulut dan lidah mangsa apabila terkena akan mengalami rasa terbakar, pecah-pecah dan rasa sakit serta-merta. Ini diikuti dengan pengaliran air liur yang banyak, lidah dan tekak menjadi bengkak hingga menyebabkan sukar untuk menelan dan bernafas.
Disebabkan ciri-ciri ini, jarang berlaku kejadian keracunan melibatkan jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, bahan-bahan toksik yang ada mungkin cukup untuk menyebabkan pembengkakan pada tisu tekak hingga boleh menghalang saluran pernafasan. Kesan toksiknya bergantung kepada kadar pendedahan melibatkan jumlah, spesis serta bahagian tumbuhan yang dimakan atau disentuh.
Wujud percanggahan pendapat tentang bagaimana tumbuhan ini boleh menimbulkan kesan toksik. Satu golongan berpendapat bahawa hablur kalsium oksalat yang berbentuk jarum halus atau kelompok bintang boleh mendatangkan kesan iritasi awal melalui tindakan mekanikalnya iaitu dengan tusukan hingga menyebabkan kecederaan pada tisu. Garam-garam oksalat dan asid oksalat akan merengsa kulit dan membran mukus.
Kemudian enzim-enzim proteolitik akan menyerang sel melalui kecederaan tersebut. Dalam keadaan yang teruk, pendedahan terhadap kalsium oksalat boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak dan tertutup hingga mengakibatkan kesukaran bernafas.
Ada juga yang berpendapat bahawa enzim-enzim proteolitik itu sendiri mampu menimbulkan kesannya tanpa perlu menunggu tindakan daripada hablur kalsium oksalat. Beberapa orang penyelidik pula cuba mengaitkan kesan toksik tumbuhan ini dengan beberapa sebatian lain seperti saponin, alkaloid dan glikosida sianogenik.
Kegunaan lain
Selain ditanam sebagai pokok hiasan, spesis Dieffenbachia dilaporkan pernah digunakan oleh kaum asli di Brazil dan penduduk negara-negara Caribean untuk meningkatkan kesuburan. Beberapa sumber perubatan lama turut menyebut beberapa spesis tumbuhan ini digunakan untuk merawat gout (sejenis penyakit sendi).
Ia juga pernah digunakan dalam campuran sebagai racun anak panah, dan dikatakan lebih berkesan sekiranya dicampurkan dengan ‘curare’ iaitu sejenis racun yang boleh melumpuhkan.
Diberitakan pada zaman dahulu, tumbuhan ini digunakan untuk menghukum dan menyeksa hamba sahaya dengna menyapukan pada bahagian mulut mereka. Terdapat juga laporan yang menyebutkan bahawa pihak Nazi juga pernah menggunakan tumbuhan ini untuk menyeksa tawanan mereka semasa perang dunia kedua dahulu.
—————————————————————————————
Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

