2 Jenis minyak sawit

Buah kelapa sawit menghasilkan dua jenis minyak yang berbeza iaitu minyak sawit dan minyak isirong . Minyak sawit dihasilkan dari bahagian mesokarpa manakala minyak isirong daripada isirong kelapa sawit .Minyak sawit kebanyakanya digunakan untuk bahan makanan (90 % ) manakala minyak isirong digunakan untuk bahan bukan makanan . Minyak sawit mentah adalah separa pepejal dan berwarna dari oren kekuningan hingga oren tua. Sebahagian besar minyak ini terdiri dari asid lemak triglycerides jenis palmitic, oleic dan linoleic acids. Minyak isirong tidak berwarna dan mempunyai banyak persamaan dengan minyak kelapa.
Hampas isirong kelapa sawit merupakan hasil sampingan dari pengeluaran minyak isirong yang boleh diproseskan menjadi makanan ternakan setelah dicampurkan dengan bahan-bahan makanan ternakan yang lain. Hampas isirong mempunyai lebih kurang 6-9 peratus kandungan minyak.

Sumber : JabataN Pertanian

Number of View :4465
Baca:  Bahan makanan hasil dari minyak sawit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam