Khasiat Nanas

nanas

Jika sebelum ini artikel tentang lawatan ke Muzium Nanas yang terletak di Pontian. Artikel kali ini pula tentang khasiat nanas. Asal usul sebenar buah nanas saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Nak dijadikan cerita..  Pada tahun 1493 , Columbus telah menemui nanas secara tidak sengaja di sebuah pulau yang dikenali sebagai Guadeloupe. Kemudian di bawa ke tempat lain dan sehingga sekarang tersebar ke seluruh dunia.. Kini, pelbagai varieti nanas telah berjaya di hasilkan dan mempunyai rasa yang lebih manis.

Khasiat perubatan dari nanas memang banyak. Dahulunya., para peneroka mendapati kaum “Indian” mengunakan nanas untuk mengurangkan nanah pada luka dan juga untuk merawat beberapa jenis kecederaan kulit. Orang –orang tempatan di sana turut minum jus nanas untuk membantu penghadaman dan melegakan sakit perut. Pada tahun 1891 suatu enzim yang menguraikan protein diekstrak daripada isi buah nanas. Enzim yang dimaksudkan ialah bromelain. Kemampuan enzim ini menguraikan beberapa jenis protein, membolehkannya digunakan untuk memecah bekuan darah dalam salur-salur darah manusia.

Sehingga kini pelbagai kajian diteruskan dan kandungan nanas juga dikenalpasti berguna untuk pelbagai kegunaan perubatan yang lain. Antaranya ialah rawatan tisu terbakar dan ulser. Ekstraknya turut memainkan peranan yang penting dalam rawatan serangan sakit jantung.

Jika anda mempunyai sebarang petua dari buah nanas ini, harap dapat dikongsikan bersama.

Number of View :8107

6 comments

  1. mcm best je ek kalo dpt gie muzium ni..kdg2 tak terfikir pn nk gie tmpt2 mcm ni..selain mendapat info yg berguna lawatan ke muzium ini pastinya akan meninggalkan memori yang indah kepada pengunjungnya..insyaAllah sy akan ke sana nanti..gud idea en fazlisyam…

  2. KHASIAT NANAS MUDA
    Buah nanas yang masih muda dikatakan berbahaya bagi ibu yang mengandung di awal bulan kehamilan. Memakan buah nanas muda boleh menyebabkan keguguran pada awal bulan kehamilan, jd jgn ambil risiko memakan buah nanas muda jika dalam keadaan hamil. Sebaliknya ada pula orang sengaja menggugurkan kehamilan dengan memakan buah nanas muda, tapi ingat itu namanya pembunuhan zuriat sendiri dan balasannya ialah anda sudah ketahui sendiri.

  3. Dari apa yg. saya ketahui, sememangnya nanas mempunyai khasiat perubatannya yg. terbukti untuk batu karang yg. mengganggu sistem pembuangan air kencing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam